2 maut 3 parah, kereta terbabas sendiri

Picture
Kenderaan Perodua Alza yang dinaiki lima sekeluarga terbabit dipercayai terbabas sendiri. Pix ihsan Bomba
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


KINABATANGAN: Dua wanita maut manakala tiga lelaki parah selepas kenderaan yang dinaiki tiba-tiba terbabas dan merempuh konkrit di tepi jalan Kampung Segaliud Seberang, di sini pagi tadi.

Picture
Menurut kenyataan Pusat gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.02 pagi.


“Sepasukan enam anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba bertindak mengeluarkan semua mangsa yang masih berada di dalam kenderaan mereka,” katanya.

Picture
MAUT: Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, dua mangsa wanita berumur 14 dan 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tiga lelaki berumur 15 hingga 33 tahun mengalami kecederaan parah.



“Mangsa yang meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kinabatangan menggunakan ambulan untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba melakukan pemeriksaan akhir di sekitar kawasan kemalangan bagi memastikan semuanya selamat untuk pengguna jalan raya yang lain.


“Operasi tersebut berjaya ditamatkan pada jam 9.22 pagi,” katanya.

SOURCE: utusanborneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.