Wanita dipenjara setahun, guna nombor MyKad orang lain ambil vaksin

Picture
Wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Lahad Datu, kerana menggunakan MyKad palsu dan nombor MyKad milik penduduk tempatan. FOTO Juwan Riduan
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Wanita Filipina dipenjara setahun, guna nombor MyKad palsu ambil vaksin

Lahad Datu: Seorang wanita warga Filipina dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah menggunakan MyKad palsu dan nombor MyKad milik penduduk tempatan untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 pada Ogos dan September lalu.


Tertuduh Marajum Pengiran, 56, membuat pengakuan itu selepas tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ryan Sagirann Rayner Jr.

Picture
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun secara serentak untuk ketiga-tiga pertuduhan bermula dari tarikh ditangkap pada 16 November lalu.



Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan salinan MyKad palsu atas nama Marujum Binti Pengiran.

Picture
Wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Lahad Datu, kerana menggunakan MyKad palsu dan nombor MyKad milik penduduk tempatan.

Manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh disyaki menggunakan kad pengenalan milik orang lain bagi mendapatkan suntikan dos pertama dan kedua vaksinasi Covid-19 pada 17 Ogos dan 7 September tahun ini di Fasiliti Pemberian Vaksin DAVTC, Lahad Datu.


Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana dengan sengaja memiliki salinan kad pengenalan palsu sebagai dokumen pengenalan dirinya.



Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara, Mohd Naser Mohd Nadzeri dan Nurul Fariza Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Abdul Karim dari Sazalye Donol, Muhammad & Co.

SOURCE: hmetro

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.