Suspek kes bunuh di kawasan semak Jalan Kionsom Lama berjaya ditahan

Suspek didakwa didapati memiliki telefon pintar milik mangsanya. (Foto Ihsan PDRM)

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Lelaki tempatan yang didakwa membunuh rakan kerana hutang ditahan

KOTA KINABALU: Polis berjaya menahan suspek yang terlibat dalam kes bunuh di kawasan semak di Jalan Kionsom Inanam di sini semalam.

Picture
PERIKSA: Pasukan perubatan menjalankan pemeriksaan berkenaan kes bunuh di kawasan semak di Jalan Kionsom Inanam di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata pihaknya berjaya menahan suspek selepas menjalankan operasi memburu lelaki terbabit dalam tempoh 24 jam selepas kejadian.

Picture
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berada di lokasi kejadian.

“Bertindak dengan maklumat risikan sepasukan polis menjalankan serbuan sebelum berjaya menahan suspek berumur 43 tahun di rumah sewanya di Kampung Bambangan Inanam kira-kira jam 11.20 pagi semalam.


“Semasa ditahan suspek yang bekerja sebagai tukang cat kenderaan itu didapati memiliki telefon bimbit mangsa dan suspek juga mengaku terlibat dalam kes kematian mangsa berumur 25 tahun itu,” katanya.

Picture
Suspek yang bekerja sebagai tukang cat ditahan polis di rumah sewanya di Kampung Bambangan, Inanam.

Mohd Zaidi berkata berdasarkan pengakuan tangkapan serta rampasan barang bukti terbabit, pihaknya berjaya menyelesaikan kes bunuh ini bagaimanapun siasatan terperinci akan dijalankan sebelum pedakwaan terhadap suspek dijalankan.


Terdahulu, mayat mangsa ditemukan isteri dan ahli keluarganya di kawasan semak itu semasa mereka mencari mangsa kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Picture
Sepasukan perubatan di tempat kejadian di kawasan belukar di Jalan Kionsom di Inanam.

“Hasil siasatan awal mendapati, sebelum kejadian itu bapa mangsa menghantar mangsa bertemu dengan pemilik bengkel di lokasi kejadian kira-kira jam 1 petang.


“Mangsa sempat menghantar lokasi kepada bapanya menerusi aplikasi WhatsApps bagaimanapun mereka gagal mencarinya sebelum menemukan mangsa dalam keadaam tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurutnya hasil pemeriksaan awal yang dijalankan Unit Kecemasan Hospital Likas mengesahkan mangsa dipercayai mati dalam tempoh lebih enam jam sebelum ditemukan akibat jerutan di leher.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE) untuk tujuan bedah siasat selepas mendapatkan keputusan ujian saringan COVID-19.



"Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.