Kanak-kanak hilang berjaya ditemui selamat

Jayden Gabriel Peter, 5, kanak-kanak autisme yang dilaporkan hilang semalam ditemui tengah hari tadi di Bukit Janggut, Sepanggar.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Jayden ditemukan selamat

Kota Kinabalu: Niat suci sepasang suami isteri membantu dalam misi pencarian adik Jayden Gabriel Peter, 5, yang hilang sejak semalam, akhirnya berhasil apabila berjaya menemui kanak-kanak berkenaan, di Bukit Janggut, Sepanggar, di sini, hari ini.

Picture
Picture

Misi pencarian yang dilakukan secara sukarela berkenaan tercetus selepas terbaca berita mengenai kehilangan kanak-kanak autisme berkenaan, awal pagi tadi.

Picture
Sharil Md Syukur, 33

Sharil Md Syukur, 33, berkata, dia dikejutkan oleh isteri, Marsha Marcella yang mempelawanya untuk membantu mencari kanak-kanak terbabit bersama beberapa lagi rakan yang lain.


Katanya, tanpa berfikir panjang, dia bersetuju walaupun tidak mengetahui keadaan sebenar di lokasi pencarian termasuk tiada persiapan secukupnya.

Picture Picture
Ahli keluarga Jayden berterima kasih kepada Marsha dan semua yang terlibat dalam misi pencariannya selepas dilaporkan hilang sejak semalam.

“Saya masih lagi dalam keadaan belum bersedia tetapi hanya bersetuju dengan cadangan isteri untuk membantu mencari adik Jayden.



“Saya hanya sempat mencari parang apabila mengetahui lokasi sebenar pencarian adalah kawasan hutan dan semak samun,” katanya ketika ditemui selepas berjaya menemui kanak-kanak terbabit.

Picture
Terima kasih semua, bapa Jayden terharu bantuan pelbagai pihak

Menceritakan semula pengalaman menemui mangsa, Sharil berkata, selepas hampir sejam menyusuri kawasan hutan berkenaan, dia yang kepenatan terus berehat di bawah sebatang pokok di kawasan puncak bukit berkenaan. Katanya, dia yang mendahului isteri dan rakan-rakan lain, langsung tidak menyedari kanak-kanak terbabit sebenarnya hanya berada kira-kira 20 meter daripada tempatnya berehat.


“Sebaik isteri dan rakan-rakan sampai berhampiran, mereka menjerit memberitahu saya kelibat kanak-kanak terbabit.

“Saya terkejut dan langsung tidak menyangka kedudukannya yang sangat dekat. Saya terus menuju ke arah Jayden untuk mengambilnya,” katanya.


Sharil berkata, mereka sangat bersyukur kerana dapat membantu mencari kanak-kanak terbabit yang hilang sejak semalam.

Katanya, rasa kasih sayang terhadap anak-anak dan dasar keibubapaan sememangnya menjadi azimat kepada mereka untuk membantu mencari Jayden.

Kanak-kanak berkenaan ditemui pada jam 1.10 tengah hari tadi selepas usaha pencarian membabitkan pelbagai pihak termasuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan polis sejak awal pagi tadi.

Picture
JAYDEN diberi rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke hospital. FOTO Juwan Riduan

Terima kasih semua, bapa Jayden terharu bantuan pelbagai pihak


Kota Kinabalu: “Terima kasih kepada semua yang membantu mencari anak kami. Semoga tuhan membalas jasa baik anda semua.”

Demikian kata Jaremayer, bapa kanak-kanak autisme yang dilaporkan hilang sejak malam tadi di Kampung Kodingan Malawa, di sini, yang berjaya ditemui selama, hari ini.

Jaremayer berkata, mereka sekeluarga amat terharu dengan bantuan yang diberikan pelbagai agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya, begitu juga dengan bantuan orang perseorangan, penduduk kampung dan mereka yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan Jayden.

“Kami sekeluarga bersyukur, Jayden dapat ditemui selamat,” katanya ketika ditemui, semasa diberikan rawatan oleh van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS), JBPM, hari ini.

Jayden ditemui pada jam 1.10 petang, tadi, oleh sekumpulan orang awam yang turut hadir membantu mencari kanak-kanak terbabit.


Berita baik penemuan Jaydem turut mendapat perhatian ramai bukan saja di kawasan kampung berkenaan tetapi juga di media sosial.

Ramai yang menyatakan rasa syukur selain mendoakan agar Jayden terus diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segalanya.

SOURCE: Deasoka

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post