Budak 5 tahun dikhuatiri hilang di hutan Kampung Malawa, Jalan Sepanggar

JAYDEN Gabriel Peter dilaporkan hilang di hutan kira-kira jam 3 petang tadi. - FOTO IHSAN JBPM . FOTO Ihsan Bomba

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Kanak-Kanak 5 Tahun Dikhuatiri Hilang Di Hutan

Kota Kinabalu: Kanak-kanak autisme berusia lima tahun dilaporkan hilang di hutan Kampung Malawa, Jalan Sepanggar, di sini, hari ini.




Mangsa Jayden Gabriel Peter dilaporkan hilang di hutan berkenaan kira-kira jam 3 petang.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 6.03 petang.

Picture
Katanya, seramai tujuh anggota bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dikerah ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).



Menurutnya, mangsa adalah kanak-kanak autisme dan menurut saksi kali terakhir mangsa dalam keadaan tidak berbaju dan seluar.

"Operasi pencarian sedang dijalankan bersama pasukan polis dan orang kampung di kawasan belakang rumah mangsa dan sepanjang sungai berhampiran.


"Setakat ini, kanak-kanak terbabit belum ditemui dan pos kawalan diwujudkan di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SOURCE: HM

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post