Kenapa Pesawat ‘U-Turn’ Ke Kota Kinabalu, Penumpang Tanya Malaysia Airlines

Seorang penumpang yang menaiki penerbangan MH2607 ke Kuala Lumpur berkata, pesawat itu berpatah balik ke Kota Kinabalu semalam. – Foto Hiasan

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



KOTA KINABALU : Malaysia Airlines digesa memastikan penumpangnya mengetahui isu teknikal yang dihadapinya, selepas penerbangan MH2607 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur didakwa berpatah balik di tengah jalan akibat masalah autopilot.

Picture
Penumpang, E Sivabalan berkata, mereka hanya dimaklumkan kapten selepas masalah itu diselesaikan dan pesawat terbabit sudah berpatah balik ke Kota Kinabalu.


“Kami sepatutnya diberitahu apa yang berlaku kerana kami membayar untuk penerbangan kami. Malaysia Airlines bertanggungjawab untuk memaklumkan penumpangnya,” katanya. E Sivabalan.

Picture
E Sivabalan

Sivabalan berkata, pesawat itu berlepas dari Kota Kinabalu kira-kira 4.30 petang semalam, tetapi beliau merasakan pesawat itu membuat pusingan U di tengah jalan.


Katanya, ia mendarat di Kota Kinabalu pada 6.15 petang.

Beliau berkata, ramai penumpang kecewa kerana keliru dan kurang penjelasan berhubung perkara itu, menyebabkan mereka terpaksa menaiki penerbangan seterusnya atau hari berikutnya.


Sivabalan berkata, beliau masih tidak tahu punca sebenar di sebalik pesawat itu berpatah balik.

Katanya, melalui perbincangan dengan kakitangan lapangan di Kota Kinabalu, beliau mendapati ia didakwa berpunca daripada masalah autopilot.



Beliau menggesa Malaysia Airlines lebih telus dan membangkitkan kejadian awal bulan ini, di mana sebuah pesawat dalam penerbangan ke Tawau terpaksa berpatah balik ke KLIA, selepas dilaporkan “menjunam” secara tiba-tiba. Screen shot dari laman web flightradar24

Picture
Screen shot dari laman web flightradar24

3 penumpang membuat laporan polis meminta siasatan terperinci ke atas kejadian terdahulu.

Picture
FMT telah menghubungi Malaysia Airlines untuk mengulas. – FMT

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.