Pasukan bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit pada jengkaut di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Rosob, Pitas.
Warga emas maut ditindih jentolak

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.41 petang Khamis mengenai kejadian tersebut.
“Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah jentera berat jengkaut jatuh ke dalam gaung sedalam 80 meter semasa menjalankan kerja-kerja pembersihan ladang.
“Terdapat seorang mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan peralatan khas.
“Mangsa dikenali Kok Vui Siong, 64, disahkan meninggal dunia oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum menamatkan operasi pada jam 4.24 petang.
SOURCE: Sabah Media
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Tags: