Pemandu maut kereta terbabas rempuh tembok jambatan

REMUK: Keadaan kenderaan mangsa selepas terbabas dan melanggar tiang jambatan.
REMUK: Keadaan kenderaan mangsa selepas terbabas dan melanggar tiang jambatan.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Pemandu pikap maut rempuh penghadang

PENAMPANG: Seorang pemandu lelaki maut selepas kereta dinaikinya terbabas sebelum melanggar tembok jambatan di Jalan Papar lama berhampiran Kampung Dambai - Proper di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Sammy Newton berkata kejadian berlaku pada jam 5 pagi 29 Julai membabitkan kenderaan jenis kompak.

“Hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan mangsa dari arah Donggongon hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tembok jambatan.

“Pemandu lelaki warga tempatan berumur 35 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata mayat mangs dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis juga meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat segera di balai polis yang berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya orang awam juga dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya dan mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.