Empat pelajar terjumpa wang tunai RM1,200 dalam plastik

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
JUNIOR (kedua dari kanan) memberikan saguhati kepada pelajar-pelajar yang jujur itu.
(Foto ©Harian Ekspress)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)




TAMBUNAN: Berbekalkan kejujuran dan pegangan agama yang kuat sekumpulan empat pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nambayan di sini mengembalikan wang sejumlah RM1,200 kepada pemiliknya, Sabtu.

Empat pelajar berkenaan ialah Claudius Justin, Nel Devilon Neo, Wences Simon dan Prydowel Pedro Joseph.

Difahamkan, mereka terjumpa wang berkenaan di laluan pejalan kaki menuju ke kompleks sukan Tambunan untuk menjalani sesi latihan sukan.

Menurut salah seorang pelajar itu, sewaktu melalui jalan tersebut mereka terjumpa plastik MG Pharmacy yang berisi wang.

“Kami mengambil keputusan untuk menyerahkannya berkenaan kepada warden asrama untuk dikembalikan kepada pemilik wang berkenaan,” kata pelajar itu.

Pemilik wang berkenaan, Junior Michael datang ke asrama SMK Nambayan untuk menuntut wang itu selepas penemuan itu tular dalam media sosial.

Junior mengucapkan terima kasih kepada pelajar-pelajar berkenaan yang menjumpai wangnya dan memberi sagu hati kepada mereka.

Dia berharap sikap jujur yang ditunjukkan oleh pelajar ini dapat dicontohi oleh orang lain. Warden asrama itu turut memuji sikap jujur empat pelajar berkenaan.

SOURCE: Dailyexpress.com.my

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.