Ruang Tamu Di Indonesia, Dapur Di Malaysia – Rumah Dua Negara Ini Curi Tumpuan Netizen

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Mungkin masih ramai yang belum tahu bahawa di dunia ini, wujudnya rumah yang terletak di antara dua buah negara.
(📸 ©ohbulan.com)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Kenali Rumah Dua Negara Ini, Dapur Di Malaysia Manakala Ruang Tamu Di Indonesia

Perkongsian Osman Saide di laman Facebooknya baru-baru ini menarik perhatian netizen apabila dia menceritakan tentang sebuah rumah unik yang terletak di dua sempadan negara iaitu Malaysia dan Indonesia.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Terletak di Pulau Sebatik.
(📸 ©ohbulan.com)
Rumah tersebut terletak di Pulau Sebatik, iaitu di sebelah timur laut Kalimantan dan menjadi sebahagian daripada wilayah Kalimantan Utara.

Sebenarnya, Pulau Sebatik terbahagi kepada dua bahagian di mana di bahagian Utara ia adalah milik Malaysia manakala di Selatan pula milik Indonesia.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Ruang tamu di Indonesia, dapur di Malaysia.
(📸 ©ohbulan.com)
Berkongsi pengalamannya ke rumah itu, Osman berkata konsep dalaman rumah itu terbahagi kepada dua. Di bahagian ruang tamu yang terletak di wilayah Indonesia, konsep budaya masyarakat negara itu ditonjolkan manakala di bahagian dapur yang dimiliki Malaysia, binaannya bercirikan masyarakat Malaysia.

Ceritanya juga, ruang tamu rumah tersebut dicat dengan warna merah dan putih bagi melambangkan negara Indonesia, manakala di bahagian dapur yang terletak di Malaysia pula terdapat bendera jalur gemilang yang berkibar di bahagian beranda.

Kadang-kadang keliru

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Rumah Dua Negara.
(📸 ©ohbulan.com)
Hari ini berpeluang berkunjung ke sebuah rumah yang dibina di atas tanah milik 2 negara iaitu Malaysia dan Indonesia yang terletak di Sungai Aji Kuning di pulau Sebatik. Sebelum ini pernah juga menjejak kaki ke tempat ini tetapi hanya melihat dari luar rumah sahaja dan berkata dalam hati ‘owh ini rupanya rumah dua negara’.

Kali ini berpeluang masuk ke dalam rumah ini dan mengetahui dari dekat lagi, uniknya rumah ini, dari dalam kita akan melihat secara jelas di bahagian ruang tamu rumah merupakan kawasan negara Indonesia manakala ruang dapurnya pula merupakan kawasan negara Malaysia.

Begitu pula Pulau Sebatik secara sedar atau tidak, bolehlah disifatkan antara pulau yang unik kerana pulau tersebut dimiliki oleh dua negara.

Menariknya, binaan dalamannya rumah dua negara ini, di bahagian ruang tamu iaitu kawasan negara Indonesia ditonjolkan konsep budaya masyarakat Indonesia manakala di bahagian dapurnya iaitu kawasan Malaysia, binaannya bercirikan masyarakat Malaysia dan bakal ditambah baik di masa akan datang.

Sempadan kawasan kedua-dua negara didalam rumah ini terletak betul-betul di tengah-tengah rumah iaitu terdapat tanda sempadan di laluan jalan dari arah ruang tamu menuju ke ruang dapur rumah.

Merasakan sebagai satu pengalaman sangat bermakna semasa berada di dalam rumah ini, sesekali terfikir-fikir secara keliru ‘aku sebenarnya berada di Malaysia atau di Indonesia?, sekejap ke dapur (ke Malaysia) dan sekejap ke ruang tamu (ke Indonesia), eh pening !?!? haha

Apa yang memperlihatkan sesuatu yang menarik di rumah dua negara ini, di kawasan negara Indonesia rumah ini telah di cat berwarna merah dan putih iaitu simbolik kepada bendera negara Indonesia di keseluruhan dinding pada luar rumah sebagai persiapan menyambut 17 Agustus iaitu hari kemerdekaan negara Indonesia yang jatuh pada sabtu ini, manakala di kawasan Malaysia iaitu di dapur terdapat bendera jalur gemilang dipasang berkibar di bahagian beranda dapurnya.

Sesekali terfikir juga, pemilik rumah ini adakah memiliki dua taraf kewarganegaraan? haha abaikan soal itu, asalkan ianya unik dan jadi tumpuan umum.

Apapun, itu soal sempadan dua negara, keunikannya berbeza-beza di satu-satu tempat. Tapi tahukah anda, sempadan poligami terletak dimana? sempadan poligami tidak terletak di mana-mana tapi terletak dihadapan kita, iaitu ketika kita melihat isteri kita, itulah sempadannya. haha

SOURCE: Facebook Osman Saide , Youtube The Akis

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.