Lelaki bunuh, bakar saudara sendiri

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Lokasi serpihan tulang mangsa ditemui di kawasan hutan belakang rumah mangsa di Kampung Kipaliu, Ranau.
(📸 ©Foto ihsan PDRM Ranau.)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Lelaki bunuh, bakar saudara sendiri

RANAU: Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai membunuh dan membakar saudaranya sendiri di kawasan hutan belakang sebuah rumah di Kampung Kipaliu, di sini semalam. Kes pembunuhan itu terbongkar susulan penemuan tulang manusia di kawasan hutan belakang rumah mangsa, kira-kira 3 petang.

Mangsa berusia 68 tahun.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan, Simiun Lomudin berkata pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang juga anak saudara kepada mangsa dan suspek, jam 9.43 malam.

Katanya, pengadu memaklumkan menemui serpihan tulang disyaki tulang manusia yang telah dibakar di kawasan hutan belakang rumah mangsa.

Tambahnya, pengadu juga mendakwa serpihan tulang itu dipercayai milik bapa saudaranya yang hilang pada 16 April lalu.


Menurut Simiun, semua serpihan tulang yang ditemui akan dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu untuk tujuan analisis perbandingan DNA.

Simiun berkata hasil siasatan pihaknya menahan seorang lelaki yang juga saudara kepada mangsa.

“Suspek berusia 50 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau tidak jauh dari lokasi kejadian untuk membantu siasatan.”

Katanya, siasatan lanjut termasuk motif sebenar kejadian masih dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Sementara itu, Simiun berkata polis menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini yang boleh mengganggu siasatan serta menggugat ketenteraman awam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Polis Daerah Ranau di talian 088-875222.

SOURCE: buletintv3.my

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.