|
Masidi Manjun berkata bagaimanapun pemilik atau pengusaha restoran masih perlu mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. |
KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah memutuskan untuk memberi kebenaran kepada restoran meletakkan kerusi dan meja di ruang legar atau kaki lima di premis masing-masing mulai hari ini, setelah negeri itu mencapai nilai vaksinasi lengkap melebihi 40 peratus populasi dewasa semalam.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga juga jurucakap COVID-19 negeri Datuk Masidi Manjun berkata bagaimanapun pemilik restoran masih perlu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.
“Syarat-syaratnya termasuk pemilik premis telah menyewa tapak berkenaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selain tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa,” katanya menerusi kenyataan malam ini.
![]() |
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga juga jurucakap COVID-19 negeri Datuk Masidi Manjun |
“Kes indeks merupakan seorang lelaki warga Indonesia berusia 19 tahun yang mula bergejala sejak 18 Ogos sebelum disahkan positif COVID-19 dan dirujuk ke Hospital Kinabatangan pada 23 Ogos untuk rawatan lanjut,” katanya.
Masidi berkata 2,430 kes positif COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 150,273 kes, 2,415 pesakit sembuh menjadikan kumulatif 117,344 orang, manakala 4,885 orang masih menerima rawatan. – BERNAMA
Tags:
Post a Comment
0Comments