Pemain antarabangsa Senegal Abdoulaye Faye bakal bermain untuk Sabah FA

Pemain antarabangsa Senegal Abdoulaye Faye bakal bermain untuk Sabah FA

Selepas El Hadji Diouf dan Eamon Zayed, teka-teki berhubung pemain import lain yang akan menyarung jersi Sabah Rhinos bagi musim 2015 akhirnya terjawab apabila bekas pertahanan Hull City dan Senegal, Abdoulaye Faye tiba di Kota Kinabalu sebentar tadi.

Faye yang turut pernah beraksi bersama Bolton Wanderes, Newcastle United, Stoke City dan Wes Ham United itu dijangka bakal memantapkan lagi bahagian pertahanan Sabah musim depan.

Sementara itu, seorang lagi pemain import bagi kouta Asia dijangka akan diumumkan esok.

Sama-sama kita nantikan perkembangan pasukan seterusnya dengan tarikh pendaftaran pemain untuk Liga Malaysia 2015, hanya berbaki tiga hari.












Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.