MH370

Terkini
.

Sekitar Banjir kilat di Kota Kinabalu akibat hujan lebat - 1 Disember 2014

Banjir kilat di Kota Kinabalu, Penampang akibat hujan lebat

KOTA KINABALU: Hujan lebat lebih sebelas jam sekitar bandar raya ini mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Keadaan banjir kilat di hadapan 1Borneo Hypermall. Laluan menuju ke Kota Kinabalu tidak dapat dilalui ketika ini. Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif untuk menuju ke destinasi masing-masing. 

















Beberapa kawasan di Penampang, Bandar Sierra, Indah Permai, Taman Sepanggar dan beberapa lagi kawasan rendah di sekitar Kota Kinabalu mula dinaiki air dan mengalami banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan hari ini.

Laluan di kawasan Kota Kinabalu yang telah dinaiki air.- Jalan UMS berhadapan 1 Borneo- Jalan Sepanggar / Melawa - Politeknik- Batu 10 Jalan Tuaran- Bandar Sierra- Maktab Sabah- Kepayan Ridge










Info daripada pihak berkuasa, agensi yang berkaitan telah bersiap sedia bagi menghadapi banjir di setiap daerah yang terjejas. Bagi penduduk di sekitar kawasan yang sering dinaiki air, sila ikuti arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.





































 


















Setakat ini, bomba tidak menerima laporan berkaitan sebarang kecederaan, namun beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat terkandas ketika melalui jalan yang digenangi banjir kilat.


Mutakhir : Banjir di Penampang akibat sungai melimpah


Penampang: Beberapa buah kampung sekitar daerah ini mula dinaiki air antara 30 sentimeter hingga dua meter berikutan limpahan air Sungai Moyog pagi ini.

Antara yang terjejas ialah Kampung Dabak, Tanaki, Babah, Sugut dan Kibabaig selain terdapat kawasan terputus hubungan berikutan beberapa jalan raya ditenggelami air.

Tinjauan Harian Metro turut mendapati pelajar dari Sekolah Menengah (SM) St Michael turut diarah pulang apabila kawasan sekolah dinaiki air bermula jam 7.30 pagi.

Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan beberapa agensi penyelamat lain turut membantu memantau keadaan dan memindahkan penduduk yang terjejas.

ANGGOTA bomba membantu menyelamatkan kanak-kanak yang terjejas akibat banjir di Kampung Dabak.

Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu turut menjejaskan beberapa kawasan rendah di sekitar ibu negeri termasuk di Telipok dan Menggatal.

Sekitar Banjir kilat di Kota Kinabalu akibat hujan lebat - 1 Disember 2014 Reviewed by admin Ucop on 2:57 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.