Google Nafi Beli Aplikasi Ciptaan Pelajar Tingkatan Tiga Dari Sabah
Berikutan dakwaan seorang pelajar bahawa pihak Google membeli aplikasi Android miliknya, Google Malaysia telah tampil menafikan perkara ini.
Mereka tidak melakukan sebarang penganugerahan sebarang projek atau pemberian wang tunai kepada mana-mana remaja yang dikatakan telah mencipta aplikasi untuk perkhidmatan mesej Internet yang boleh menterjemah mana-mana bahasa serta merta.Sebelum ini dikatakan Yusrim Karim,15, telah menghantar satu aplikasi ciptaannya Coker Chat untuk Google Idea kepada pihak Google Malaysia dan mendakwa menerima emel daripada pihak Google yang mengatakan perisiannya amat menakjubkan dan menawarkannya peluang untuk bekerja untuk projek bernilai AS$36 juta (RM1333.14 juta) atau wang tunai AS$50,000 (RM184,910).
Pelajar tersebut yang berasal dari Sandakan, Sabah telah memilih wang tunai AS$50,000 (RM184,910) berbanding bekerja dengan Google.
Penafiaan ini dikeluarkan sendiri oleh Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia Zeffri Yusoff berkata, cerita itu 'sama sekali tidak betul' dan berkata Idea Google tidak pernah menganjurkan apa-apa pertandingan.
"Saya memeriksa dengan Google Idea dan mereka tidak menghantar sebarang e-mel kepada budak lelaki itu.
"Saya hanya boleh membuat spekulasi buat masa ini. Budak lelaki itu mungkin telah menerima e-mel spam," kata Zeffri diperik dari The Star.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment