Friendly Pra Sukan Sea 2015 - Sabah FA VS Harimau Muda B23 - Ayuh penyokong Sabah!

Kickbola.net
Friendly Pra Sukan Sea 2015 | Sabah Rhinos vs Harimau Muda B23 | 15 Mei / Jumaat | Stadium Likas
Friendly Pra Sukan Sea 2015 - Sabah FA VS Harimau Muda B23 - Ayuh penyokong Sabah!

Rozaimi Abdul Rahman adalah yang paling menarik perhatian pada perlawanan itu nanti walaupun difahamkan kecergasan tidaklah begitu memuaskan selepas hanya memanaskan bangku simpanan Sabah Rhinos.

Peluang untuk Rozaimi tunjukkan kemampuan sebenar kepada pengendali Harimau Muda kerana beliau belum pasti tersenarai untuk skuad ke sukan SEA. Peminat tempatan begitu berharap dia menjaringkan gol seterusnya kembali dengan sentuhan berbisanya untuk mewakili Sabah menyarung jersi kebangsaan.


Skuad Harimau Muda bimbingan Datuk Ong Kim Swee akan bertandang ke Stadium Likas bagi menghadapi Sabah Rhinos dalam satu perlawanan persahabatan, Jumaat ini (15 Mei 2015).


Selain persiapan Datuk OKS bagi menghadapi Sukan Sea, bulan depan, ia juga peluang bagi skuad kendalian Mike Mulvey untuk menunjukkan kemampuan mereka menyaingi skuad muda negara.


Ayuh penyokong Sabah kita datang beramai-ramai ke Stadium Likas, Jumaat ini, bagi memeriahkan perlawanan.


Harga tiket bagi perlawanan yang akan bermula jam 8 malam itu adalah seperti biasa, RM20 (tempat duduk berbumbung) dan RM10 (tempat duduk terbuka).

Layari : http://sabah.com (PORTAL RASMI SABAH FA)

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.