69 rumah di Kg Pantai Bahagia Kudat hangus

Picture
ORANG ramai melihat kebakaran yang memusnahkan 69 rumah di Kampung Pantai Bahagia, Kudat. - Foto e-mel
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



KUDAT: Sebanyak 69 rumah papan di Kampung Pantai Bahagia, di sini, hangus menyebabkan ratusan penduduk hilang tempat tinggal, petang tadi.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, api dikatakan bermula dari sebuah rumah di perkampungan di kawasan pesisir pantai terbabit sebelum merebak berikutan angin kencang serta kedudukan rumah yang rapat.

Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Affendy K Ramin, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 2.02 petang sebelum menghantar sepasukan anggota bersama dua jentera dan kenderaan utiliti yang tiba di lokasi lima minit kemudian.

"Kebakaran membabitkan rumah jenis tidak kekal di kawasan persisiran pantai yang musnah sepenuhnya. Tiada mangsa dilaporkan cedera dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.45 petang.

"Punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi.


69 rumah di Kampung Pantai Bahagia musnah terbakar


Anggota Bomba dan Penyelamat memadam kebakaran di kawasan setinggan yang memusnahkan 69 buah rumah dan menyebabkan lebih 400 penduduk Kampung Pantai Bahagia, Kudat, Sabah tinggal sehelai sepinggang, semalam.


KOTA KINABALU 16 Jun – Selepas tragedi malang menimpa 300 orang penduduk apabila rumah mereka terbakar di Kampung Pondo, Pulau Gaya dekat sini semalam, penduduk di Kampung Pantai Bahagia di Kudat hari ini menerima nasib sama.

Dalam kejadian sekitar pukul 2 petang itu, 69 buah rumah musnah menyebabkan lebih 400 orang penduduk tinggal sehelai sepinggang.

Tragedi itu sedikit sebanyak memberikan ‘episod’ sedih kepada mangsa beragama Islam untuk menyambut Ramadan yang dijangka pada hari Khamis ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 2.02 petang dan anggota penyelamat tiba ke lokasi kejadian lima minit kemudian.

“Tindakan segera diambil untuk memadamkan kebakaran di perkampungan setinggan di kawasan pesisiran pantai itu. Namun, 69 buah rumah musnah. Api dapat dikawal pada pukul 3.45 petang,” katanya kepada pemberita di sini.

Jurucakap itu memberitahu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Semalam, sejumlah 50 buah rumah di perkampungan air di Kampung Pondo, Pulau Gaya musnah dalam kebakaran pada pukul 7 pagi.

Bagi menyelamatkan diri, beberapa mangsa terpaksa terjun ke laut selepas api marak dengan pantas.

Sementara itu, dalam kejadian di Kampung Air, Semporna pula, lapan buah rumah musnah dalam kebakaran sekitar pukul 10 pagi hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun pasukan bomba berdepan masalah tekanan air untuk memadam kebakaran..

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.