Gegaran demi gegaran hari ini

Kickbola.net
Gegaran kedua hari ini | Ilustrasi Foto Khabar Kinabalu - Berita.Cerita.Kita
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Gegaran kedua hari ini

RANAU: Sekali lagi Ranau bergegar hari ini pada 5.33 petang tadi dan gegaran turut dirasai di Kota Kinabalu, Kota Belud dan Kundasang selama tiga saat.

Bagaimanapun, ia hanya gegaran lemah berukuran 4.3 magnitud.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Abdul Malik Tussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan sehingga kini tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa.

"Gegaran berpusat di Ranau turut dirasai di sekitar bandar raya ini namun tiada sebarang aduan kerosakan diterima," katanya ketika dihubungi, petang tadi.

Ini adalah gegaran kedua dilaporkan hari ini selepas gegaran pertama berukuran 3.3 magnitud di Ranau, 10.54 pagi tadi.

Sabah bergegar lagi! Setakat petang ini dua gempa dilaporkan berlaku pada 10.54 pagi dan yang terkini 5.33 petang tadi.

Gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 melanda daerah Kundasang pada pukul 10.54 pagi tadi. Gempa itu berpusat di 22km barat Ranau dengan kedalaman 10km.

SILING PERPUSTAKAAN SMK AGAMA MOHAMAD ALI RUNTUH AKIBAT GEMPA BUMI

Sebahagian siling perpustakaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohamad Ali dekat sini, runtuh akibat gempa bumi yang melanda Kundasang hari ini.

Runtuhan itu berlaku kira-kira pukul 10.55 pagi, namun tiada pelajar atau guru berada di situ itu kerana pusat sumber berkenaan ditutup sejak kejadian gempa bumi melanda daerah ini 5 Jun lepas.

Ketika gempa bumi itu semua pelajar dan guru-guru berkumpul di satu kawasan lapang di sekolah berkenaan.

GEGARAN KUAT DIRASAI SEHINGGA KOTA KINABALU DAN KOTA BELUD

Manakala pada sebelah petang tadi, Gempa Bumi lemah bermagnitud 4.3 melanda daerah Kundasang sekali lagi. Gempa itu berpusat di 19km Barat Laut Ranau. dengan kedalaman 10km

Orang ramai ketika itu sedang dalam rutin harian seperti pulang dari tempat kerja, sekolah dan berada di tapak bazaar Ramadhan .

Namun, terdapat juga netizen yang melaporkan kejadian gegaran yang menimbulkan panik dan kerisauan di beberapa tempat.

Setakat ini tidak terdapat sebarang laporan rasmi mengenai sebarang runtuhan atau kemalangan dari gempa terkini.

Kemaskini 23 Jun 2015

Dua lagi gempa susulan berlaku, ianya adalah gemap ketiga dalam tempoh lebih kurang sejam.
6.39 petang | Magnitud 3.0 | 5km Utara Ranau
6.26 petang | Magnitud 2.6 | 11km Barat Ranau
5.33 petang | Magnitud 4.3 | 19km Barat Laut Ranau.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.