Gempa lemah 3.0 SR di Ranau pagi ini

Kickbola.net
Gempa bumi lemah 3.0 magnitud melanda timur laut Ranau, Sabah, jam 7.20 pagi ini, lapor Jabatan Meteorologi.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Gempa lemah di Ranau pagi ini

Pada 7.20 pagi ini, satu lagi Gempa Bumi susulan Kategori lemah bermagnitud 3.0 Skala Richter berlaku di Ranau menjadikan 57 jumlah gempa bumi susulan.

Menurut Prof Emiritus Datuk Dr. Ibrahim Kamoo (Ketua Kluster Sumber Asli & Alam Sekitar MPN), secara umumnya jumlah gempa susulan tersebut normal dan tidak perlu dibimbangkan. Apa yang perlu dirisaukan ialah gempa bumi itu berpusat berhampiran Gunung Kinabalu menyebabkan berlaku gegaran dan batuan berjatuhan. Perkara inilah yang menyebabkan kematian dalam kejadian di Gunung Kinabalu.


Menurut beliau lagi, gempa bumi di Malaysia hanyalah berkategori kecil, sekali sakala sahaja sederhana. Di Sabah, hanya sekali pernah dicatatkan kategori kuat iaitu 6.5 Skala Richter pada 1923. Di Ranau, Kategori sederhana berlaku pada 1976 - 5.8SR, 1991 - 5.1SR dan terbaru 2015 - 5.9SR (Kedua terkuat).


Tidak perlu membayangkan kejadian gempa bumi yang berlaku di Jepun ataupun di St Andreas kerana di Sabah, panjang sesar aktif hanya berukuran lebihkurang 20KM. Beberapa kawasan di Sabah iaitu di Lahad Datu/Tawau dan Ranau telah dikenalpasti sebagai kawasan gempa bumi bersaiz sederhana.

Beliau menambah, apa yang perlu ditekankan ialah kesedaran penduduk setempat dan pihak berkuasa tempatan dikawasan sesar aktif seperti pembinaan rumah dan perancangan daerah mengikut piawaian agar dapat menahan impak gempa bumi bersaiz sederhana.

(Peta - Menunjukkan titik kawasan gempa bumi yang berlaku di Malaysia dan negara sekitar)

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.