SUMBANGAN RM 1 JUTA! TERIMA KASIH SULTAN JOHOR!

TERIMA KASIH SULTAN JOHOR! Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang sedih akan malapekata yang berlaku di Sabah berikutan gempa bumi Jumaat lepas, telah menyumbang RM1juta untuk meringankan beban rakyat Sabah. Sumbangan itu disampaikan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di rumah Tuanku di Kuala Lumpur.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Sultan Johor Berkenan Beri Sumbangan RM1 Juta Untuk Mangsa Gempa Sabah

KOTA KINABALU, 10 Jun - Sultan Johor hari ini berkenan untuk memberi sumbangan berjumlah RM1 juta kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Sabah.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musan Aman, sumbangan tersebut akan disalurkan menerusi Jawatankuasa Tabung Bencana Negeri Sabah.


"Kerajaan negeri dan seluruh rakyat di Sabah menjunjung kasih atas perkenan baginda atas sumbangan sebanyak RM 1 juta kepada Jawatankuasa Tabung Bencana Negeri," kata beliau memetik laporan Bernama.

Menurut Musa yang juga pengerusi Jawatankuasa Tabung Bencana Negeri, sumbangan itu amat dihargai oleh rakyat di Sabah, terutamanya mangsa gempa bumi.

Beliau juga berkata beliau terharu dengan keperihatinan Sultan Johor yang menitahkan satu solat hajat di Johor baru-baru ini untuk mendoakan keselamatan mangsa gempa bumi di Sabah.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.