MH370

Terkini
.

MERS 999 Guna Teknologi drone nilai dan peta kawasan bencana Gempa Kinabalu

Kickbola.net
Satu unit dron milik Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KMM) membuat percubaan terbang di lereng Gunung Kinabalu bagi mengenal pasti runtuhan dan kerosakan di seluruh kawasan Taman Kinabalu berikutan gempa bumi hari ini. Dron yang membuat penerbangan sulung itu mampu terbang selama dua jam tanpa henti. - Foto BERNAMA
Guna drone untuk nilai dan peta kawasan bencana Gempa Kinabalu

KUNDASANG - Kementerian Komunikasi dan Multimedia bekerjasama dengan Malaysian Emergency Response System (Mers 999) melakukan tinjauan dan pemetaan ke atas kawasan yang terjejas akibat gempa bumi Jumaat lepas dengan menggunakan unit UAV (kenderaan udara tanpa pemandu) atau 'drone'.

Ahmad Shabery (tengah) melihat drone jenis 'fixed wing' yang akan digunakan untuk peninjauan dan pemetaan kawasan yang rosak di seluruh kawasan Taman Kinabalu berikutan gempa bumi hari ini.
 - Foto Bernama




Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, drone yang digunakan dalam proses itu berkapasiti tinggi yang boleh melakukan penerbangan sehingga dua jam.


"Pada hari ini, kita akan uji satu daripada cara hendak buat penilaian kerosakan yang berlaku di kawasan ini dan kita akan menggunakan UAV drone untuk membuat perkara itu.

"Kita ada membawa tiga buah drone berkapisiti tinggi yang boleh terbang selama dua jam untuk membuat tinjauan dan melihat secara langsung melalui monitor yang disediakan dengan resolusi definisi tinggi," katanya dalam sidang media di pusat operasi di Taman Kinabalu, di sini, hari ini.

Ahmad Shabery juga sempat menyaksikan demonstrasi operasi penerbangan drone yang dilakukan di pekan Kundasang pagi ini.

Sementara itu, pengarah Projek Mers 999 TM Roznah Anas berkata, alat yang dilengkapi sistem kamera itu mampu merakamkan gambar dari udara dengan jelas bagi membuat penilaian dengan lebih efisien.

Selain itu, drone berkenaan juga mampu diterbangkan dalam keadaan kelajuan angin maksimum iaitu 40 knot.

"Drone yang kami bawa ini bukan untuk kegunaan rekreasi. Drone ini memang digunakan untuk tujuan operasi SAR, sedangkan orang yang hendak mengendalikan drone ini juga perlu ada kemahiran yang tinggi.


"Dari segi jarak pula, drone ini mampu mencapai jarak kawalan sehingga 10 kilometer, cuma dalam keadaan hujan dan kabus tebal kami tidak boleh menerbangkan drone ini," katanya.

Roznah berkata, hasil rakaman drone berkenaan akan diserahkan kepada kerajaan negeri dan pengurus taman-taman negara Sabah untuk menilai kerosakan yang dialami daerah Ranau akibat gempa bumi itu.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada sebarang tempoh ditetapkan bagi proses penilaian itu memandangkan ia bergantung kepada keadaan cuaca. - Bernama

MERS 999 Guna Teknologi drone nilai dan peta kawasan bencana Gempa Kinabalu Reviewed by admin Ucop on 1:51 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.