MH370

Terkini
.

Hanya di Sabah! Gereja buka ruangan letak kereta untuk pengunjung Bazaar Ramadan

Kickbola.net
Pengunjung pelbagai bangsa dan agama yang mengunjungi Bazaar Ramadan di Bukit Padang boleh menggunakan ruangan letak kereta Gereja Katolik Mary Immaculate di Bersebelahan Bazaar tersebut. Pihak gereja membuka pagar sebagai parking untuk mengelakkan kesesakan di kawasan berkenaan. 1 Malaysia tidak perlu dilaungkan di Sabah sebab nilai toleransi dan kesatuan antara agama sudah wujud, 30 tahun sebelum slogan itu dilaungkan.
Hanya di Sabah! Gereja buka ruangan letak kereta untuk pengunjung Bazaar Ramadan

Pihak Gereja Katolik Mary Immaculate telah membuka pagar dan membenarkan ruangan parking untuk digunakan oleh orang awam terutama pengunjung yang ingin ke Bazaar berkenaan bagi memudahkan mereka meletakkan kenderaan semasa berkunjung ke baazar yang terletak tidak jauh di lokasi bersebelah dengan Gereja St Mary Immaculate Bukit Padang.

Gereja Katolik yang terletak di bukit padang membenarkan tempat letak keretanya untuk digunakan pengunjung berbilang bangsa dan kaum ke Bazaar Ramadan berdekatan sepanjang bulan Ramadan ini.


Mengikut cerita pengunjung dari  semenanjung , seperti yang diceritakan oleh saudara Lucius Maximus di laman sosial beliau menulis:-
Gereja Katolik Mary Immaculate ini jugalah tempat aku parkir SAA9364W dahulu setiap kali aku singgah di Bazaar Ramadan Bukit Padang dalam perjalanan pulang ke Beverly Hills Phase 5.

Tidak sedikit pun pahala puasa aku kurang kerana terlihat salib di gereja (melainkan kurang pahala kerana melihat sumandak seksi di bazaar, tapi itu cerita lain).

Walaupun kadar kelazatan juadah di bazaar lebih kepada Gred F, tetapi kadar toleransi dan harmoni di Sabah tetap Gred A.

Aku rasa, Semenanjung perlu mengimport toleransi dan harmoni Gred A yang ada di Sabah (dan Sarawak).

Manakala untuk Sabah pula, eloklah mengimport kelazatan juadah Gred A dari Semenanjung untuk bazaar Ramadan mereka. Yang tidak perlu diimport ialah sifat perkauman dan ekstremis keagamaan dari Semenanjung.
Ini menunjukkan kepelbagaian & keharmonian toleransi agama yang ditunjukkan di Sabah oleh pihak Gereja yang telah dipuji banyak pihak terutamanya anak Sabah berbilang bangsa & agama yang bangga dengan keadaan toleransi yang ditunjukkan oleh pihak gereja tersebut.


“(This is) the reason why I love Sabah... tolerance, cooperation , understanding, unity and love is all we need, yes it here. Its in Sabah (sic),” kata Daniel Doughty dalam facebook beliau memuji kebaikan pihak gereja membenarkan tempat letak keretanya digunakan oleh pengunjung bazaar berkenaan.

Komen beliau mendapat ratusan “Likes” dan perkongsian, kebanyakan warga Sabahan itu sendiri yang menyokong tindakan gereja yang bertoleransi sesama warga Sabah itu sendiri walhal mengutuk sekeras-kerasnya perkauman dan politik berunsur agama.

“Well done. That should be the way. Do not allow narrow minded politicians to ruin this,” Komen Allen Jeyarajasingam.

Kata salah seorang pengunjung “Saya pigi pasar ramadhan... parking sana bah dlm tu parking church. Pagar terbuka luas utk kami tumpang parking our car...Terima kasih kepada pengurusan Gereja (I go to to the Ramadan bazaar and park in the church. Its open wide for us to park our cars. Thanks to the church management),” said Rozie Alya Haikal.

Semoga amalan ini berterusan di Sabah. This is SABAH!

Kami bangga menjadi warga Borneo!

Hanya di Sabah! Gereja buka ruangan letak kereta untuk pengunjung Bazaar Ramadan Reviewed by admin Ucop on 8:15 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.