Mayat Lelaki Tanpa Tangan Dan Kaki Dibaham Buaya di Beluran

Kickbola.net
MAYAT seorang lelaki ditemui tanpa tangan dan kaki dipercayai disambar buaya dalam kejadian di Sungai Paitan, Kampung Kabulu, Beluran, Sandakan. - Foto NSTP
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Mayat Lelaki Tanpa Tangan Dan Kaki Dipercayai Dibaham Buaya


BELURAN- Mayat seorang lelaki tanpa tangan dan kaki dipercayai dibaham buaya dijumpai terapung di Sungai Paitan di Kampung Kabuluh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham berkata mangsa dikenali sebagai Ramsah Alau, 57, dan mayatnya ditemui pada kira-kira 7.40 pagi oleh penduduk kampung kira-kira tiga kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pitas untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya semalam anak perempuan mangsa melaporkan bapanya keluar rumah pada pukul 9 pagi semalam untuk menebas rumput di kawasan kebun berhampiran rumah lama mereka di kampung itu.

Bagaimanapun, katanya sehingga pukul 3 petang, mangsa belum balik ke rumah dan anak perempuan itu meminta bantuan penduduk kampung mencari bapanya.

Katanya penduduk kampung kemudian menjumpai selipar berwarna biru dan topi putih milik Ramsah di tebing sungai berhampiran kebunnya.

Sivanathan berkata pada pukul 5.35 petang, pihaknya telah dimaklumkan oleh dua penduduk kampung bahawa mereka ada ternampak seekor buaya yang timbul dan mengigit sesuatu objek seperti manusia berpakaian putih kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Beliau berkata susulan itu operasi mencari dilancarkan hari ini melibatkan anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung.


Katanya polis telah menasihatkan penduduk kampung berkenaan supaya mengambil langkah keselamatan berikutan insiden serangan buaya itu.

-- BERNAMA

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.