Lagi cubaan Kontroversi Menanggalkan pakaian dilaporkan di puncak Gunung Irau, Cameron Highland

Kickbola.net
Admin mohon pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) siasat siapa pulak ni nak cetuskan kontroversi lagi? Sudah-sudah lah tu dengan badan kering kau macam lidi tu.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Lagi cubaan Menanggalkan pakaian dilaporkan di puncak Gunung Irau, Cameron Highland

Berbogel di puncak Gunung Irau, pendaki sengaja cari nahas

Dua keping gambar tersebar di media sosial semalam menunjukkan dua orang pendaki tanpa pakaian merakamkan gambar di puncak Gunung Irau, Cameron Highland.

Gambar yang dikongsi di laman sosial Facebook berlatarbelakang bendera Malaysia dan papan tanda puncak gunung berketinggian 2110 meter dari aras laut itu walau bagaimanapun telah dipadamkan pagi tadi.

Kelakuan dua pendaki itu yang dipercayai rakyat tempatan mengundang kontroversi dan perdebatan, bulan lepas empat pendaki rakyat asing didakwa kerana melakukan perkara sama di puncak Gunung Kinabalu.

Berbogel di tempat awam merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 3 bulan jika didapati bersalah kerana berkelakuan tidak senonoh.

Mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan jika didapati bersalah kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.