Keadaan Terkini Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban

Kickbola.net
KISAH TERKINI MUHAMMAD FIRDAUS DULLAH - Mengambil berat.. Rohani Karim beramah mesra bersama adik Muhammad Firdaus Dullah, 17, sempena Majlis Semarak Sinar Ramadan yang diadakan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban. Firdaus sihat, berat badan bertambah 25 kilogram. ROHANI ABDUL KARIM beramah mesra dengan Muhammad Firdaus Dullah ketika hadir ke Majlis Semarak Sinar Ramadan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban.
Firdaus sihat, berat badan bertambah 25 kilogram

SEREMBAN 28 Jun – Remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 16, yang ditemui dalam keadaan tragis dan menyayat hati di Flat Taman Semarak, Nilai dekat sini, kira-kira setahun lalu, kini semakin sihat dengan berat badannya sudah mencecah 25 kilogram (kg).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, berat badan remaja itu bertambah lapan kilogram berbanding cuma 17kg sewaktu ditemui tahun lalu.

Beliau berkata, remaja itu telah mengikuti diet dan pelan pemulihan yang dipantau oleh Unit Kesihatan Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah, di sini.



“Muhammad Firdaus kini sudah boleh makan hampir semua jenis makanan dengan makanan kegemarannya ialah nasi ayam bersama sup dan air kesukaannya, teh O, Ribena dan Milo,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Semarak Sinar Ramadan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah di Jalan Temiang di sini semalam.

Muhammad Firdaus pernah menggemparkan negara apabila diselamatkan sepasukan anggota Jabatan Imigresen negeri di sebuah flat di Nilai, dekat sini selepas ditemui dalam keadaan kurus kering, kotor dengan hanya memakai baju T yang koyak dan reput serta berlumuran najis.

Beliau kemudian dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar di sini sebelum diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Rohani memberitahu, sejak berada di institusi tersebut, Muhammad Firdaus tidak pernah menimbulkan masalah kepada para petugas asrama dan para pegawai mahu pun para penghuni yang lain.

“Dia seorang yang baik dan ceria walaupun perlu dibantu setiap kali diberi ubat selain memerlukan sokongan emosi dan rawatan serta pemulihan berkala dalam memulihkannya,” ujarnya.

Tambahnya, ibu Firdaus, Lolanopita Sadi, 40, yang sebelum ini dihukum penjara empat bulan kerana mengabaikan dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan sudah pun dibebaskan, malah sering melawat Muhammad Firdaus.

Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah kini bertambah sihat dan comel selepas dirawat selama sebulan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Berat badanFirdaus kini sudah bertambah kepada 21 kilogram berbanding 15 kilogram semasa ditemui dikurung di Taman Semarak, Nilai pada 21 Jun lepas.

Firdaus kelihatan sangat ceria ketika dikunjungi isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin bersama pegawai-pegawai kanan (Pekerti).

“Terima kasih Hospital Tuanku Ja’afar kerana beri penjagaan amat rapi kepadanya. Saya harap Firdaus dapat menikmati kehidupan lebih baik selepas ini,” kata Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

Alhamdullilah dah sihat pun...adik firdaus..semoga allah membalas jasa jasa org menjaganya..dgn sempurna.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.