Bot penjenayah kumpulan penceroboh dikesan di Pulau Pom-pom, Semporna

Picture
Bot penjenayah rentas sempadan dikesan di Pulau Pom-Pom
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


SEMPORNA: Pasukan keselamatan mengesan kehadiran sebuah bot disyaki dinaiki penjenayah rentas sempadan di perairan negeri ini berhampiran Pulau Pom-Pom di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu jam 3 pagi, difahamkan pasukan keselamatan terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot terbabit bagi mempertahankan diri selepas penjenayah menembak bot Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika cuba ditahan.


Tiada kecederaan di pihak pasukan keselamatan dan kumpulan penceroboh terbabit bagaimanapun dapat meloloskan diri dalam keadaan gelap.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun, ketika dihubungi di sini mengesahkan kejadian itu.

Esscom Sahkan Anggota Keselamatan Berbalas Tembak Dengan Penjenayah

KOTA KINABALU, 1 Julai (Bernama) -- Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Abdul Rashid Harun mengesahkan berlaku kes berbalas tembak antara anggota keselamatan dengan suspek penjenayah rentas sempadan di kawasan perairan Pulau Pom Pom, Semporna semalam.

Bagaimanapun katanya dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiada anggota pasukan gerakan am (PGA) yang tercedera.


"Kira-kira jam 3 pagi, anggota satu daripada pos kawalan mendengar bunyi enjin bot menghampiri pulau. Apabila anggota PGA menyuluh ke arah bot berkenaan, pihak PGA mendengar dua das tembakan dilepaskan.

"Dalam keadaan itu, anggota PGA membalas semula tembakan, yang memaksa suspek melarikan diri dalam gelap," katanya kepada Bernama.

Menurut Abdul Rashid ketika kejadian jarak antara bot suspek dengan pos kawalan PGA ialah antara 200 hingga 300 meter.

Abdul Rashid berkata dalam keadaan gelap itu jelas kelihatan percikan daripada bot berkenaan ketika tembakan dilepaskan namun tidak mengenai apa-apa.


"Kejadian berlaku di dalam kawasan perintah berkurung. Kami tidak pasti berapa ramai suspek di dalam bot itu dan apa niat mereka," katanya.

Abdul Rashid berkata pemeriksaan oleh anggota keselamatan di lokasi pada keesokan paginya tidak menemui apa-apa tanda bot itu terkena tembakan anggota PGA.

Beliau berkata pihaknya memandang serius kejadian itu dan anggota keselamatan sentiasa dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman daripada penjenayah rentas sempadan.

-- BERNAMA

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.