Malim Gunung Berhati Emas! Joseph Selungin Terkorban Selepas Jadikan Tubuh Sebagai Perisai Demi Melindungi Dua Pendaki

Selepas Robbi, kini seorang lagi hero yg telah terkorban di gunung kinabalu. Mendiang Joseph Selungin dari Bundu Tuhan, ditemui mati memeluk 2 orang pendaki dari ditimpa batu. Walaupun cuba menjadi perisai, namun tidak dpt menyelamatkan ketiga tiga nyawa mereka.. Rest in Peace Joseph.. Airmata saya menitis betapa dedikasinya kamu dgn tugas kamu.. Saya percaya kamu sdh berada di sisi-Nya. Malim Gunung Joseph Selungin, Terkorban Selepas Jadikan Tubuh Sebagai 'Perisai' Lindungi Dua Pendaki#‎THEUNSUNGHERO‬*bagi mereka yang ingin memberi sumbangan boleh klik yang disertakan dalam artikel

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



TRAGEDI GUNUNG KINABALU! NOT JOKE!

Joseph Selungin, seorang lagi Malim Gunung hebat yang patut diangkat sebagai wira selepas melakukan sesuatu yang sungguh luar biasa untuk menyelamatkan pendaki yang menggunakan khidmatnya.

Lelaki yang berusia 33 tahun ini dikatakan telah tekorban selepas menjadikan dirinya sebagai perisai untuk menyelamatkan dua orang pendaki dari terkena batu-batu yang jatuh dari puncak gunung.

Beliau bagaimanapun ditemui di bawah runtuhan batu dalam keadaan memeluk mereka menghalang batu-batu menghempap dua orang pendaki tetapi malangnya ketiga-tiga mereka tidak dapat diselamatkan.


Menurut cerita rakan sekerjanya Shahrulnizam Suhaiji mendiang merupakan seorang yang peramah dan baik hati.


"Dia merupakan pekerja di Amazing Borneo sejak dua bulan lalu dan sangat disenangi oleh rakan-rakan sekerjanya," katanya.

Dengan pemergiaanya, dia telah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki dan perempuan yang masih kecil.


Bagi sesiapa yang berhajat untuk memberi bantuan kewangan kepada keluarganya bolehlah klik di SINI

Sesungguhnya kehilanganmu Joseph tiada galang gantinya. Andalah "The Unsung Hero" bagi kami.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.