Negeri Sarawak sumbang RM1 Juta bantu Mangsa Gempa Sabah!

Kickbola.net
Gempa Sabah: Sarawak hulur bantuan RM1 juta, Terima Kasih Negeri Sarawak! | foto: facebook.com/mysabahinfo
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Terima kasih kepada jiran dan sahabat baik kita, Negeri Sarawak!

Melalui perjumpaan bersama Ketua Menteri Sabah hari ini, Kerajaan Negeri Sarawak telah memberikan sumbangan RM1 Juta kepada Kerajaan Negeri Sabah ekoran Gempa Bumi di Gunung Kinabalu baru-baru ini.

Kuching: Kerajaan Sarawak menyalurkan bantuan sebanyak RM1 juta kepada Kerajaan Sabah untuk membantu mangsa yang terbabit dalam gempa bumi.

Sumbangan disampaikan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mewakili Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di Kediaman Rasmi Ketua Menteri di Kota Kinabalu, Sabah sebentar tadi.

Selain menyatakan simpati dengan tragedi yang menimpa Sabah, kerajaan Sarawak turut menawarkan bantuan logistik kepada kerajaan Sabah.

Kerajaan Sarawak sedia membantu sekiranya Kerajaan Sabah memerlukan khidmat helikopter dan keperluan lain.

Diharap rakyat Sabah dapat bersabar dan berdoa supaya kejadiansama tidak berulang lagi..


Terima kasih kepada kerajaan di Sarawak dibawah pimpinan CM Tok Nan kerana begitu prihatin kepada kami Sabah... ‪

#‎SabahSarawakBersaudara‬
‪#‎1Borneo‬
‪#‎PrayForSabah‬

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date


Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



" data-numposts="100" data-width="">

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.