‘Mereka Malim Gunung sangat berani!’

Kickbola.net
‘Mereka sangat berani’
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Ranau: “Mereka semua (malim gunung) sangat berani dan bertanggungjawab kepada pendaki,” kata Nur Qama Rehan Raipin, 23, seorang pendaki Gunung Kinabalu yang terperangkap selepas kejadian gempa bumi, Jumaat lalu.

Katanya, ketika kejadian dia dan beberapa rakannya termasuk malim gunung dalam perjalanan turun selepas selamat tiba di Low Peak pada jam 7 pagi.


“Kami adalah kumpulan yang terakhir sampai di Low Peak jam 7 pagi dan hanya diberi masa 10 minit untuk merakamkan gambar sebaik tiba di sana.


“Selepas itu, kami diarah turun dan 15 minit kemudian tiba-tiba berlaku gegaran dan saya melihat banyak batu jatuh namun malim gunung tetap memastikan keselamatan kami terjamin,” katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post