PDRM Sahkan Lima Pelancong Tanggal Pakaian Akan Ditahan, Mereka Masih Berada Di Sabah

Kickbola.net Polis Sahkan Lima Pelancong Berbogel Akan Ditahan, Mereka Masih Berada Di Sabah
PDRM Sahkan Lima Pelancong Berbogel Akan Ditahan, Mereka Masih Berada Di Sabah

Baru-baru ini kita digemparkan dengan gelagat lima orang pelancong asing termasuk seorang wanita yang telah bertindak berbogel di puncak Gunung Kinabalu dan dalam perkembangan terbaru mereka berlima akan ditahan pihak berkuasa dalam masa terdekat.


Memetik laporan Harian Metro, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, mereka telah menerima satu laporan polis di mana dalam laporan polis itu menyatakan nama lengkap mereka berlima.



"Polis sedang menyiasat laporan itu dan semua individu terbabit dipercayai masih berada di negeri ini.

"Pihak berkuasa akan mengadakan pemantauan di semua pintu keluar di negeri ini bagi mengesan kumpulan pelancong terbabit," katanya di sini, hari ini.


Kes akan disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti lucah yang membawa hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.


Post a Comment

Previous Post Next Post