Malim Gunung Robbi Sapinggi, Wira Yang Terkorban Demi Selamatkan Nyawa Pendaki
RANAU, 6 Jun (Bernama) -- Malim gunung Robbi Sapinggi, yang maut di Gunung Kinabalu dalam kejadian gempa bumi semalam, sangat mengambil berat tentang keselamatan dan sentiasa mengutamakan keperluan tetamunya, kata penganjur Ekspedisi Gunung Kinabalu Coalition Duchenne, Catherine Jayasuriya hari ini.
Jayasuriya, yang berasal dari Sabah dan kini tinggal di Amerika Syarikat, berkata beliau cuba menghubungi Sapinggi melalui telefon bimbitnya, termasuk menghantar mesej teks, setelah mendapat tahu tentang kecederaannya melalui media sosial, namun tidak menerima sebarang respons.
"Kemudian, saya menghubungi seorang kawan di United Kingdom, yang kenal rapat dengan Robbi untuk mendapat lebih banyak maklumat mengenainya.
Selepas itu, saya mendapat mesej melalui Facebook bahawa dia telah meningal dunia dan berita ini disahkan kawan saya di UK, yang menghubungi jiran Robbi di Kampung Kiau," katanya.
Coalition Duchenne menggabungkan pertubuhan dari seluruh dunia dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang distrofi otot Duchenne untuk membiayai penyelidikan dan mencari ubat bagi penyakit itu.
Robbi Sapinggi merupakan seorang yang murah hati, suka berjenaka dan boleh bertutur di dalam bahasa Inggeris yang fasih, kata Catherine Jayasuriya.
Kenangan Robbi diabadikan dalam dokumentari 'Dusty's Trail: Summit of Borneo'
Jayasuriya sendiri mempunyai seorang anak lelaki, Dusty Brandom, yang mengalami penyakit itu.
Ini guide saya ari tu sama si arwah ^ bagus btl si arwah waktu kami bertegur masa mau naik n turun puncak... Respect dia # respect tulun tokou~ - Carlotored Jm
Jayasuriya berkata Sapinggi, yang telah menyertai empat ekspedisi anjuran Coalition Duchenne, adalah seorang manusia yang suka bergaul, baik hati dan kelakar.
"Ketika menyertai satu ekspedisi, saya berasa sangat sejuk ketika kami menuju ke puncak dalam cuaca hujan dan Robbi menghulurkan kepada saya sarung tangan dan jaketnya untuk dipakai, menyebabkannya hanya berpakaian baju T sahaja.
"Demikianlah sifatnya yang begitu mulia. Dia amat mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pendaki," kata Jayasuriya dalam temu bual melalui emel.
Jayasuriya menampilkan Sapinggi dalam dokumentarinya bertajuk 'Dusty's Trail: Summit of Borneo', termasuk temu bual dengan malim gunung itu di rumahnya di Kampung Kiau dan babak dia berpadu suara dengan bapanya menyanyikan lagu 'Sayang Kinabalu', yang cukup terkenal.
Pengarah eksekutif Coalition Duchenne itu berkata pihaknya akan menganjurkan pendakian amal kali kelima dari 7 hingga 9 Ogos ini.
"Berikutan gempa bumi yang berlaku, saya ditanya sama ada acara ini akan diteruskan, tetapi pada saat ini, saya tidak pasti dan terpaksa menunggu nasihat daripada Datuk Masidi Manjun (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah)," katanya.
-- BERNAMA
RANAU: Malim gunung Robbi Sapinggi, yang tekorban dalam gempa bumi Gunung Kinabalu merupakan seorang Malim Gunung yang menjadi pilihan ramai pendaki dalam dan luar negara.
Dia yang mengambil tugas menjadi pemandu arah telah menghembuskan nafas terakhir akibat dihempap runtuhan batu susulan gemba bumi yang berukuran 6.0 pada skala richter yang berpusat 16km dari barat laut Ranau.
Robbi merupakan seorang Malim Gunung yang disanjung tinggi oleh pendaki-pendaki kerana sifatnya yang sangat mengambil berat tentang keselamatan dan keperluan pendaki yang menggunakan khidmatnya.
Dia boleh dianggap wira kerana semasa kejadian, Robbi sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan pendaki lain walaupun terkena runtuhan batu menyebabkan dia kehilangan banyak darah kerana cedera di bahagian kepala.
Memetik tulisan di Facebook Amazing Borneo, walaupun dalam keadaan cedera selepas terkena batu, Robbi tetap mengutamakan pendaki yang menggunakan khidmatnya.
Dia menggesa pendaki-pendaki yang menggunakan khidmatnya untuk terus berjalan meninggalkannya demi keselamatan mereka. Dia memilih untuk tidak meneruskan perjalanan bersama pendaki lain kerana tidak mahu menyulitkan perjalanan mereka kerana dia cedera.
Namun malangnya semasa dia menunggu bantuan tiba, Robbi telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat terlalu banyak kehilangan darah.
Menurut laman berkenaan, beliau adalah merupakan seorang Malim Gunung yang sentiasa menjadi pilihan pendaki selain ramai pendaki memuji khidmat cemerlangnya dalam menjalankan tugas.
Nampaknya dialah wira sebenar di mana ia benar-benar menjaga keselesaan dan keselamatan pendaki-pendaki yang menggunakan khidmatnya sehingga menghembuskan nafas terakhir.
Kehilangan Robbi merupakan satu kehilangan yang amat besar bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga kepada Taman-Taman Sabah dan organisasinya. Dia akan sentiasa menjadi Hero waluapun tidak didendangkan di media.
Berikut adalah biodata Robbi Sapinggi wira bagi pendaki-pendaki Gunung Kinabalu
Nama penuh: Robbi Sapinggi
Umur: 30 Tahun
Bangsa: Kadazan Dusun
Asal: Sabah
Agama: Kristian
Pekerjaan: Pemandu Arah Gunung Kinabalu di Sabah Park
Menceritakan saat manis bersama Roobi, Catherine Jayasuriya yang merupakan penganjur Ekspedisi Gunung Kinabalu Coalition Duchenne, dia amat terasa dengan kehilangan Robbi selepas mengenali seorang Malim Gunung terhebat dalam hidupnya.
Menurut Jayasuriya , Roobi telah menyertai empat ekspedisi anjuran Coalition Duchenne anjurannya, menyifatkan Robbi adalah seorang manusia yang suka bergaul, baik hati dan kelakar.
"Ketika menyertai satu ekspedisi, saya berasa sangat sejuk ketika kami menuju ke puncak dalam cuaca hujan dan Robbi menghulurkan kepada saya sarung tangan dan jaketnya untuk dipakai, menyebabkannya hanya berpakaian baju T sahaja.
"Demikianlah sifatnya yang begitu mulia. Dia amat mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pendaki," kata Jayasuriya dipetik Astro Awani.
Jayasuriya pernah menghasilkan dokumentarinya bertajuk 'Dustys Trail: Summit of Borneo', dimana dia telah menampilkan Robbi dalam dokumentari tersebut di Kampung Kiau.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment