Video Lambaian Terakhir Peony Wee Pelajar Singapura Sebelum Gempa Bumi

Lambaian Terakhir Pelajar Singapura Sebelum Gempa Bumi
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



SINGAPURA: Video ekspedisi pendakian Gunung Kinabalu yang dimuat naik oleh seorang pelajar Sekolah Rendah Tanjong Katong, Peony Wee kini menjadi tatapan kenangan bagi kedua ibu bapanya.

Pada penghujung video terakhir yang dimuat naik di blognya itu, Peony melambaikan tangan dan mengucapkan selamat tinggal kepada kedua ibu bapanya.


Seorang kawan yang turut berada di sisi pelajar berusia 12 tahun itu turut berkata, "kami akan selamat di Malaysia lah".


Video yang dimuat naik pada 4 Jun itu menunjukkan kegembiraan mereka serta pengalaman mereka di kawasan gunung itu.


Dalam video tersebut, mereka juga ditanya mengenai jangkaan pada hari tersebut.

"Tiba di pondok Pendant dengan selamat, dan sebagai kumpulan kita perlu memberi motivasi kepada satu sama lain kerana tiada siapa akan mengalah dalam pendakian ini," kata rakan Peony.

Peony turut menambah dan berkata, mereka perlu membantu antara satu sama lain, di dalam video tersebut.

Itulah yang berlaku sehari sebelum gempa bumi pada 6.0 skala Richter melanda negeri Sabah pada Jumaat, 5 Jun yang membunuh Peony serta beberapa rakan-rakannya.

Enam murid bersama seorang guru telah disahkan terkorban pada Ahad, 7 Jun dan pihak panduan pengembaraan Singapura yang bersama-sama pelajar-pelajar tersebut juga dilaporkan meninggal dunia manakala keadaan seorang murid dan seorang lagi guru masih belum diketahui.

Mangsa-magsa tersebut merupakan sebahagian daripada 29 pelajar dan lapan guru yang mengadakan pembelajaran di luar negara.

Mereka memulakan ekspedisi di Via Ferrata semasa gempa bumi itu berlaku yang menjatuhkan batu-batu dari puncak gunung.

Via Ferrata adalah laluan di mana kabel, anak tangga, serta jambatan diletakkan untuk membantu pendaki melepasi laluan curam.



Blog sekolah yang bertajuk "Bukan gunung yang ditakluki tetapi diri kita sendiri" didokumenkan untuk menunjuk kemajuan yang telah dicapai pelajar-pelajar tersebut pada hari itu.

Murid-murid tersebut dilihat bersemangat dan bersiap sedia untuk mendaki gunung Kinabalu setinggi 4095 meter itu.

Ekspedisi yang diberi nama "Cabaran Omega" merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk pemimpin pelajar dan juga pemimpin sukan.

Suatu catatan yang disiarkan di blog tersebut menunjukkan para peserta  menaiki anak tangga dengan membawa beg galas sebagai latihan untuk mendaki gunung Kinabalu.

Perjalanan mereka pada 3 Jun tergendala apabila penerbangan mereka ditangguhkan tetapi mereka kemudian mengumumkan ketibaan mereka di gunung tersebut menerusi blog mereka.

Pada hari yang sama, mereka menyiarkan satu entri baru di blog yang menunjukkan kumpulan tersebut sedang menikmati makan malam di D' Villa Lodge.

"Esok kami akan memulakan perjalanan untuk mendaki gunung Kinabalu," kata mereka dalam satu entri yang disiarkan.

Keesokan harinya, mereka memulakan perjalanan sejauh enam kilometer menuju ke pondok Pendant yang terletak 3,289 dari paras laut.

Dalam entri yang bertajuk "Bersiap sedia..bergerak tidak lama lagi...pondok Pendant, kami datang!" menunjukkan beberapa gambar pelajar-pelajar tersebut membuat persediaan.

Entri terakhir yang bertajuk "sampai ke pondok Pendant" disiarkan pada hari yang sama.

"Walaupun ia merupakan perjalanan yang memenatkan untuk sampai ke pondok Pendant, langkah demi langkah, kami berjaya tiba di sini.

"Ia bukanlah sesuatu yang mudah tetapi mereka berjaya untuk sampai di pondok ini. Bagaimana mereka mampu sampai di sini? Bagaimana mereka mampu menahan angin sejuk dan hujan? Bagaimana mereka mengatasi laluan gunung yang curam?

"Jawapannya? Mereka mempunyai satu sama lain, mereka memberi semangat sesama mereka, membantu rakan-rakan mengambil botol air dari beg mereka, dan mereka menggunakan antara satu sama lain untuk memberi mereka kekuatan dan akhirnya mereka tiba bersama-sama," kata kata salah seorang ahli kumpulan dalam entri yang disiarkan.


Entri tersebut berakhir dengan "Esok, kami akan mengatasi cabaran seterusnya. Kami akan takluki Via Ferrata".

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post