100 mangsa banjir lumpur Kg Mesilau berpindah ke pusat pemindahan Biro Tatanegara (BTN) Kundasang

Kickbola.net
Keadaan penduduk di sekitar Kg Mesilau yang telah dipindahkan ke BTN Kundasang atas arahan pihak berkuasa sebagai langkah berjaga-jaga (Pengurusan risiko bencana) berikutan paras air sungai mula naik kelmarin. (Sumber Foto: Abidin Sahat)
100 mangsa banjir lumpur Kg Mesilau berpindah ke pusat sementara Desa Cattle

MESILAU: Angin kencang dan hujan lebat sejak semalam menyebabkan 100 orang penduduk dari Kampung Mesilo, Kundasang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di balai raya KO Sinar (Desa Cattle) dalam kejadian terbaharu banjir lumpur, pada awal pagi Ahad.

Ketua Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K Ramin berkata kesemua mangsa dipindahkan setelah rumah mereka dilanda banjir lumpur dalam kejadian pada kira-kira 3 pagi Ahad.


"Pasukan bomba sedang melakukan pemantauan di lokasi kejadian dan mengarahkan penduduk Kampung Mesilo untuk berpindah ke pusat perlindungan itu sementara menunggu banjir dan paras air sungai kembali normal," katanya ketika dihubungi di sini Ahad.


Begini lah keadaan di Mesilau apabila dilanda banjir lumpur pada kali pertama tiga minggu lalu. Lebih 100 orang telah dipindah Ahad.

Katanya, maklumat terkini banjir berkenaan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Pegawai Daerah Ranau Faimin Kamin berkata pusat pemindahan telah dibuka di Biro Tatanegara (BTN) Kundasang tengah hari ini bagi menempatkan kesemua mangsa banjir lumpur itu.


Kesemua mangsa banjir kini dalam proses berpindah ke pusat pemindahan itu dari Desa Cattle, katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.


Post a Comment

Previous Post Next Post