Adira Tekad Mahu Tumpukan Kepada Komitmen Kerjaya Dan Keluarga

Foto kredit Instagram Adira.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Adira Mahu Tumpukan Kepada Kerjaya Dan Keluarga

Apabila seseorang dalam perhubungan pasti mahu melangkah ke alam perkahwinan. Tetapi apakan daya, kita hanya merancang Tuhan yang tentukan. Begitu juga dengan penyanyi Adira yang diberitakan telah putus tuning pada April lalu. Bertemu Adira di pelancaran program Raya Astro, pelantun Ku Ada Kamu ini, tenang seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

“Saya ok.Betul, saya ok. Saya pun sudah tidak ambil tahu mengenai kenyataan dari pihak sana kerana ia tidak ada kaitan dengan saya.

Maira Elizabeth Nari Adira Suhaimi
Tetapi saya akui saya ada menghubungi Elizabeth Tan untuk jelaskan kepada dia, kami putus bukan kerana dia.

Saya tidak salahkan dia. Seperti yang diberitahu, kami putus kerana tidak ada persefahaman.

Sudah tidak ada jodoh kami,” jelas Adira.

Walaupun sudah tidak ada pertalian, Adira masih menghormati bekas tunangnya itu.

“Saya dengan dia sudah lama selesai.

Biar hanya dia dan saya sahaja tahu kenapa perpisahan berlaku.



Saya tidak mahu memberi apa-apa kenyataan lagi kerana saya juga perlu hormati dan menjaga hati keluarga saya dan dia.

Secara jujurnya ibu saya paling sedih dengan apa yang berlaku. Tetapi lama kelamaan dia ok.

Siapa yang tidak sedih tetapi sampai bila saya perlu kenangkan dan sebagainya. Saya perlu fokus dengan kerjaya saya”, kata Adira.

Adira mengakui masih sayang dengan bekas tunangnya itu.

Namun dia lebih selesa begini. Itu tidak bererti dia serik untuk bercinta.

Dia menerima siapa sahaja tetapi buat masa sekarang dia lebih gemar untuk memberi lebih tumpuan kepada kerjaya dan keluarga.

Bercerita mengenai keluarga, umum mengetahui keluarga Adira di Kundasang, Sabah turut terjejas akibat gempa bumi yang berlaku 7 Jun lalu.

“Gegaran itu masih berlaku sekarang. Tetapi tidak teruk seperti sebelum ini.

Saya memang mahu keluarga datang ke Kuala Lumpur kerana risau keadaan mereka di sana.

Ibu saya hanya berada di KL selama dua minggu kemudian dia sudah mahu pulang.

Jadi saya terpaksa turuti permintaan ibu saya. Saya juga sering pulang ke sana kerana risau akan keadaan mereka”.


Memandangkan dengan keadaan gempa bumi yang masih berterusan, Adira tidak membuat banyak persiapan raya. Tetapi dia mengalu-alukan kedatangan peminat untuk beraya dengannya.

“Biasanya kami raikan secara sederhana lebih-lebih dengan keadaan sekarang yang mana banyak yang perlu diperbaiki. Tetapi ibu saya tetap memasak juadah hari raya nanti.

Saya memang tidak buat rumah terbuka tetapi rumah saya sentiasa terbuka untuk mereka yang mahu datang”, tutur Adira.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.