Lagu mendiang malim gunung untuk tunang - Cinta Jessica Sikta buat Valerian Joannes - “Saya bercakap dengannya kira-kira jam 9 malam sebelum kejadian itu. Kami berbual pendek menggunakan panggilan video dan sempat berbincang mengenai perancangan perkahwinan yang dirancang November ini.
Sebuah lagu hasil nukilan malim gunung, mendiang Valerian Joannes, 27, yang ditujukan khas kepada tunangnya Jessica Sikta, 25, bakal dikeluarkan kepada orang ramai November depan.
Lagu bertajuk ‘Igitanku Langon Nu’ itu turut menampilkan 14 lagu lain dalam bahasa Dusun dan Bahasa Malaysia yang dinyanyikan oleh rakan dan keluarga terdekat mendiang termasuk tunangnya, Jessica.Pengurus Borneo Music Tamuya Production, Josue James berkata, album yang dihasilkan itu bertujuan untuk memberi penghormatan kepada semua 18 mangsa yang terkorban dalam kejadian gempa bumi 5 Jun lalu.
“Mendiang (Valerian) adalah sahabat baik saya sejak di bangku sekolah dan saya menganggapnya seperti adik sendiri.
“Lagu berjudul ‘Igitanku Langon Nu’ yang membawa maksud ‘Saya mahu pegang tanganmu’ ini sepatutnya dinyanyikan semasa perkahwinan mereka pada November depan,” katanya ketika dihubungi kelmarin.
Josue berkata, album yang kini sudah 45 peratus siap itu akan menggunakan tajuk lagu berkenaan sebagai tema album berkenaan sebagai tanda penghormatan kepada mendiang.
“Lagu ini turut mendapat persetujuan daripada keluarga mendiang Valerian dan tunangnya, Jessica Sikta, untuk dikeluarkan kepada orang ramai.
“Berdasarkan perancangan, kami akan melancarkan album ini pada 25 November depan sempena hari lahir mendiang dan semoga lagu ini akan dapat meningkatkan lagi semangat mereka yang terjejas dalam bencana itu,” katanya.
Terdahulu, lagu itu turut dinyanyikan oleh bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketiga, Felix Agus pada konsert amal ‘Remembering Our Heroes’ Gunung Kinabalu 20 Jun lalu.
Orang ramai mula datang ke rumah keluarganya seawal jam 8 pagi dan dilihat turut bersedih dengan kehilangan Valerian, 27.
Menurutnya, sebaik dipanggil membuat pengecaman di bilik mayat Hospital Queen Elizebeth (HQE), Kota Kinabalu, dia pasrah dan menerima kenyataan kehilangan tunangnya.
“Saya bercakap dengannya kira-kira jam 9 malam sebelum kejadian itu. Kami berbual pendek menggunakan panggilan video dan sempat berbincang mengenai perancangan perkahwinan yang dirancang November ini.
“Saya mendapat tahu mengenai kemalangan yang menimpa dirinya kira-kira jam 4.30 petang selepas dihubungi bapanya,” katanya ketika ditemui, semalam.
Jessica yang bekerja sebagai jururawat di HQE berkata, Valerian sentiasa memberi semangat kepadanya dan suka membantu orang lain sejak mengenalinya sembilan tahun lalu.
Sementara itu, ibu mendiang, Sontim Sumbin 50, berkata, dia terharu dengan kehadiran orang ramai termasuk Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun untuk memberi penghormatan terakhir.
Menurutnya, walaupun bersedih dengan pemergian anaknya, mereka sekeluarga berterima kasih kepada semua pihak yang membantu sehinggalah pengurusan persemadian mendiang selesai.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment