MH370

Terkini
.

Polis Pulau Reunion Sahkan Penemuan Bagasi Beg Pakaian Berhampiran Kawasan Serpihan

Kickbola.net ‪#‎MH370‬ Satu bagasi yang rosak dilaporkan ditemui di Saint-Andre, bandar pesisiran pantai Pulau La Reunion berhampiran tempat serpihan sayap pesawat ditemui semalam.
#MH370 : Polis Tempatan Sahkan Penemuan Beg Pakaian Berhampiran Kawasan Serpihan

Seorang jurnalis dari Journal de Journal de L’île de la Réunion berkata, pihak polis tempatan di Pulau Reunion mengesahkan laporan penemuan beg pakaian yang telah rosak teruk di Saint-Andre, kawasan berdekatan dimana serpihan sayap yang dikatakan menyerupai bahagian MH370 dijumpai.


Walaubagaimanapun, penyiasat kini perlu menilai sama ada terdapat sebarang kemungkinan penemuan itu mempunyai kaitan dengan penemuan serpihan terbabit.

Dalam perkembangan lain, pusat berita tempatan, L’info à La Réunion, telah menemuramah individu pertama yang ternampak serpihan itu ketika bekerja di pantai di Saint-Andre di pulau itu pada Rabu.


Menurut laporan terbabit, pekerja berkenaan pada mulanya tidak tahu objek apa yang mereka temui. Dia kemudiannya membawa objek itu naik keatas darat untuk dikeringkan dan dijadikan hiasan kepada pengunjung pulau terbabit. 

UPDATE

Polis Pulau Reunion Sahkan Penemuan Bagasi Beg Pakaian Berhampiran Kawasan Serpihan Reviewed by admin Ucop on 3:36 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.