Tiada Isu Air Bersih Direkodkan Lewat Dibekalkan Di Ranau Sejak 20 Tahun

Kickbola.net
Kerja-kerja pembersihan intake Kimolohing Ranau giat dijalankan. Mudah mudahan semua individu yang terlibat dalam kerja baik pulih ini dimurahkan rezeki dan diberikan kebaikan dunia dan akhirat. Tanpa mereka, Ranau tidak akan mendapat bekalan air. Walaupun kerja ini merbahaya,namun mereka tetap menjalankan pembersihan sehingga selesai.
Tiada Isu Air Bersih Lewat Dibekalkan Di Ranau Sejak 20 Tahun

RANAU, 9 Julai -- Tiada isu mengenai kelewatan dalam membekalkan sumber air bersih kepada penduduk di daerah Ranau sejak 20 tahun lalu, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri berkata sebahagian besar di Ranau mendapat bekalan air terawat daripada dua loji rawatan air iaitu Loji Rawatan Air Kampung Bambangan dan Loji Rawatan Air Kimolihing.

Bagi kawasan Kundasang pula, beliau berkata bekalan air bersih daripada sistem graviti telah dibina dan pernah dioperasikan oleh pihak Koperasi Pembangunan Desa (KPD) yang kemudiannya diambil alih kementeriannya.

"Pada masa sama, kementerian juga merancang sistem bekalan air terawat bagi kawasan Kundasang dengan kualiti air yang lebih terjamin untuk keperluan harian dan pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), kelulusan untuk satu Kajian Kemungkinan dan Reka Bentuk Terperinci bagi Kundasang telah pun siap," katanya ketika menjawab soalan Datuk Lajim Ukin (PKR-Klias) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Pairin berkata setelah kajian dilakukan, pembinaan Loji Rawatan Air Kundasang bernilai RM110 juta itu telah diluluskan dalam RMK10.

Namun, beliau berkata susulan gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter pada 5 Jun lalu menyebabkan projek itu tergendala dan bekalan air di Kundasang terganggu.

Malah, tapak untuk membina loji itu juga mengalami kerosakan, katanya.

"Oleh itu kami terpaksa buat kajian semula dan itu adalah terbaik kerana secara praktikal, tapak yang dikenal pasti itu tidak lagi sesuai dan tentu sekali kami perlu mencari tapak yang lain," tambahnya.

Menurut Pairin, gempa bumi itu bukan sahaja menyebabkan gangguan bekalan air, malah dua tapak sauk yang telah dikenal pasti bagi sumber air projek itu telah terjejas, kesan daripada bencana alam tersebut.

"Kajian semula perlu dijalankan sekiranya tapak muka sauk tersebut masih boleh digunakan ataupun terdapat keperluan untuk mencari tapak sumber air mentah yang lain," katanya lagi.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.