Video: Lelaki Sabah Belasah Rakan Kerana Dakwaan Mencuri

Kickbola.net
Video: Lelaki Dipercayai Anggota Tentera Belasah Rakan Kerana Dakwaan Mencuri
Anggota Tentera Belasah Rakan Kerana Dakwaan Mencuri

Seorang lelaki dibelasah kerana di katakan mencuri telefon bimbit milik rakannya.

Berdasarkan rakaman video yang tersebar di media sosial kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah kem tentera berdasarkan susun atur katil dan baju seragam yang tergantung di bilik tersebut.

Namun tidak dapat dipastikan bila dan di mana kejadian ini berlaku.

Melalui rakaman berdurasi 1:30 saat itu, dua orang lelaki yang berbadan sasa itu dilihat membelasah rakannya yang sedang duduk diatas katil.


Memalukan orang sabah betul tindakan si kawan ni! Badan tagap pun suka-suka memukul orang. Video ini pasti Viral! biar pihak berkuasa tangkap si gaman pemukul ni..
Posted by SAYA ORANG SABAH on Thursday, July 30, 2015


Manakala rakan-rakan mereka yang lain hanya memerhatikan sahaja pergaduahn tersebut.

“Mana, mana barangnya, bikin malu saja kau ni” jerit lelaki itu sambil menumbuk mangsa itu.

“Tidak, saya tidak ambil” jawab mangsa yang dipukul itu sambil menangis.

Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan itu, lelaki tersebut turut menendang dan melakukan ‘flying kick’ terhadap mangsa.

“Aku tak kira kalau kau mati, bikin malu!” ujar lelaki lagi.

“Betul saya tak ambil telefon kau Mike” uajr mangsa itu sambil merayu agar rakannya itu berhenti dari terus memukulnya.

Berdasarkan dialek yang dituturkan, mereka dipercayai berasal dari Sabah.

Para pengguna Facebook mengutuk tindakan itu yang disifatkan sebagai tidak berperikamanusian itu sanbil menggesa agar pihak berkuasa segera melakukan siasatan. 

Post a Comment

Previous Post Next Post