YB Senator Datuk Seri Panglima Dr.Mohd Salleh Tun Said Keruak Angkat Sumpah selaku Menteri Komunikasi Dan Multimedia.

Kickbola.net
Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak adalah Menteri Komunikasi Dan Multimedia, menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek .Beliau dilahirkan pada 9 Julai 1957 di Kota Belud, Sabah, Malaysia Timur. Beliau adalah Ketua Menteri Sabah ke-9 dari Disember 1994 hingga Mei 1996.
Salleh Said Keruak janji beri perkhidmatan terbaik

Rabu, 29 Julai 2015 - YB Senator Datuk Seri Panglima Dr.Mohd Salleh Tun Said Keruak telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dihadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang pada jam 8.30 pagi di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia.

YB Senator Datuk Seri Panglima Dr.Mohd Salleh telah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah sejak tahun 2011 juga telah dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia berkuatkuasa pada hari ini.

Beliau telah dilahirkan pada 10 Julai 1957 di Keta Belud, Sabah dan telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Politik di Simon Fraser University, Canada. Selain itu, beliau turut menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan PhD dalam bidang politik dan kerajaan di Universiti Putra Malaysia (UPM).


Beliau turut bergiat aktif dalam bidang politik dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua UMNO P.169 Kota Belud, Pengerusi UMNO Sabah dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah sejak tahun 1996 hingga kini. Di samping itu, YB Senator Datuk Seri Panglima Dr.Mohd Salleh turut terlibat dalam dalam pertubuhan NGO dan pernah menjadi Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Presiden Persatuan Seni Budaya Bajau (PSBB), anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) juga Pengerusi FINAS pada tahun 2011.




Post a Comment

Previous Post Next Post