Bahaya! Dua Kes Jenayah Rompakan & Ragut bersenjata di Taman Fajar dan Bandar Tabanak, Lahad Datu

Kickbola.net
Punca sebenar kejadian rompakan masih dalam siasatan PDRM. - LAHAD DATU : Polis menumpaskan satu kumpulan samun menggunakan senjata api selepas menahan dua lelaki dan seorang wanita kira-kira empat jam.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



LAHAD DATU : Geng Samun Bersenjata Api Dua Lelaki Dan Seorang Wanita Tumpas

LAHAD DATU : Polis menumpaskan satu kumpulan samun menggunakan senjata api selepas menahan dua lelaki dan seorang wanita kira-kira empat jam selepas menyamun sebuah premis menjual pakaian di Bandar Tabanak, di sini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata suspek yang berusia antara 24 dan 30 tahun itu ditahan pukul 2.30 petang dalam operasi Op Tutup di Jalan Kunak, dekat sini.

“Hasil tindakan pantas dan maklumat awam, polis dengan bantuan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kunak berjaya menahan suspek dan merampas beberapa barangan hasil samun,” katanya pada sidang media di sini Rabu.

Hamzah berkata, dalam insiden samun kira-kira pukul 10.45 pagi semalam, seorang pekerja premis menjual pakaian itu didatangi dua lelaki dan seorang daripada mereka telah mengacukan pistol ke arah mangsa dan bertindak mengambil beg tangan termasuk telefon bimbit milik mangsa, sebelum melarikan diri.

“Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan dan hasil tindakan pantas penyaluran maklumat tersebut, polis berjaya mengesan dan menahan dua suspek itu bersama seorang wanita.

“Polis menemui semula semua barang yang disamun dan turut merampas sepucuk pistol jenis Pietro Baretta berserta satu kelopak tanpa peluru,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan samun.

Kesemua suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

Dua kes rompakan bersenjata telah berlaku tengahari tadi sekitar jam 12.35pm di Taman Fajar dan Bandar Tabanak, Lahad Datu. Polis mengambil langkah menutup jalan Sandakan - Kunak membawa kepada penahanan 3 suspek di KM15 Jalan Kunak sejurus dimaklumkan tahniah PDRM!

Seorang Kerani Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu telah di ragut oleh penjenayah di Taman Fajar manakala kes kedua berlaku di Kedai Baju Saujana Fashion, Bandar Tabanak.

Premis tersebut telah dimasuki oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali (seorang bersenjatakan pistol).

Tangkapan telah di buat di Daerah Kunak. Dua orang lelaki dan seorang wanita serta satu senjata telah berjaya dirampas.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.