MH370

Terkini
.

Pemandu Hilang Kawalan Maut di Jalan Bukit Kelawat, Kota Belud

Kickbola.net
Pemandu Maut Kereta Terbabas dekat Bukit Kelawat
BUKIT KELAWAT : Pemandu Maut Kereta Terbabas

Seorang pemandu maut apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya terbabas di Bukit Kelawat dekat jalan Kota Belud-Tuaran di sini, Selasa.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, mangsa Christ Patrick Junarlis, 21 yang memandu seorang diri sedang dalam perjalanan dari Tuaran ke Kota Belud dikatakan hilang kawalan sebaik menuruni jalan berbukit itu.


Ketua Polis Daerah Kota Belud Supt, Mohd Zaidi Abdullah berkata, kereta mangsa hilang kawalan, lalu terlanggar penghadang besi jalan sebelum kereta itu terbalik.


“Ketika itu, mangsa masih bernyawa tetapi cedera parah di bahagian kepala dan telah dihantar ke Hospital Kota Belud untuk rawatan awal.

“Mangsa kemudiannya dirujuk ke unit rawatan kecemasan di Hospital Queen Elizabeth. Pada jam 12.30 tengah malam mangsa disahkan meninggal dunia dan polis hanya dimaklumkan pada jam 1 tengah hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.


Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –BERNAMA

Pemandu Hilang Kawalan Maut di Jalan Bukit Kelawat, Kota Belud Reviewed by admin Ucop on 5:56 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.