Buat Pertama Kali! Program Perdana Menteri di Semporna dibatal kerana Lanun!

Kickbola.net
Program Najib di Samporna dibatal kerana lanun
Buat Pertama Kali! Program Perdana Menteri di Semporna dibatal kerana Lanun!

Menurut Khairy Jamaluddin, keadaan di Semporna yang dianggap tidak selamat kepada Perdana Menteri kerana terdapat lanun di kawasan berkenaan.

KUALA LUMPUR: Keputusan UMNO Semporna membatalkan undangan kepada presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk merasmikan mesyuarat persidangan bahagian yang dibuat atas faktor keselamatan dilihat sebagai suatu tindakan yang tepat.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, tindakan itu wajar memandangkan keadaan di Semporna yang dianggap tidak selamat kerana terdapat lanun di kawasan berkenaan.

“Itu keputusan UMNO Bahagian Semporna, yang saya tahu banyak lanun di sana,” katanya sewaktu ditemui dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO, pada Khamis.

Pada Selasa lalu, UMNO Semporna telah membatalkan undangan kepada Najib untuk merasmikan mesyuarat agung tahunannya yang dijadual pada 15 Ogos ini dan telah digantikan dengan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Keputusan itu dikatakan dibuat atas desakan ahli di peringkat akar umbi pada hari sama ketuanya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.