Jangan sebar spekulasi pergaduhan dua remaja di Keningau

Kickbola.net
Jangan sebar spekulasi pergaduhan dua remaja di Keningau
Jangan sebar spekulasi pergaduhan dua remaja di Keningau

KENINGAU – Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi dilaman sosial mengenai kejadian pergaduhan dua remaja lelaki warga asing di pasar malam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata, pergaduhan itu disensasikan dalam laman sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengaitkan kejadian itu dengan pergaduhan warga asing dan tempatan.

“Pergaduhan itu adalah antara dua remaja warga asing menyebabkan seorang daripada mereka mengalami kecederaan di bahagian luaran” katanya kepada media ketika diminta mengulas kejadian itu. Justeru itu katanya, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih yang menimbulkan kegusaran kepada masyarakat setempat.

Douglas Nyeging Taong 

Beliau menjelaskan, perkara itu dibimbangi akan menyebabkan ketegangan dalam kalangan masyarakat jika kejadian itu diperbesar-besarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Post a Comment

Previous Post Next Post