MH370

Terkini
.

Kapal Tongkang bawa muatan petrol hangus terbakar di Batu Sapi, Sandakan

Kickbola.net
Anggota bomba berusaha mengawal dan memadam kebakaran tongkang daripada merebak ke kawasan dermaga. Anggota bomba berusaha mengawal dan memadam kebakaran tongkang daripada merebak ke kawasan dermaga.
Tongkang bawa petrol hangus terbakar

SANDAKAN – Sebuah kapal tongkang yang membawa muatan tong berisi minyak petrol hangus terbakar dalam kejadian di Batu Sapi di sini kira-kira jam 6.20 pagi tadi.

 Kejadian tersebut turut mengakibatkan tiga orang lelaki melecur manakala seorang lagi mengalami kecederaan patah bahagian kaki.


Pegawai Perhubungan Awam Bomba Sabah, Mohd Affendy K.Ramin berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Sandakan dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 6.20 pagi.
 

“Pasukan bomba melakukan pemadaman menggunakan air dan pancutan foam bagi mengawal api dari merebak ke kawasan pelabuhan simpanan kapal lama,” katanya di sini hari ini.


Menurutnya, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.


“Sebanyak 335 tong petrol yang berada di atas dermaga bagaimanapun berjaya diselamatkan,” katanya lagi.

Kapal Tongkang bawa muatan petrol hangus terbakar di Batu Sapi, Sandakan Reviewed by admin Ucop on 11:52 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.