Ustazah Kemalangan Maut di Jalan Kimanis

Kickbola.net
Dalam kejadian pada kira-kira 5 petang itu, pemandu kereta Nur Fitriati Sukarno, 28, dan empat anggota keluarga termasuk ibu, Supiati Mohd Salleh, 53, dua kakaknya Triana Nur Khasanah Sukarno, 34, dan Dwi Rahmahyanti Sukarno, 35 serta abangnya Eka Sudarmono Sukarno, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.‪#‎Pray4Sabah‬ ‪#‎ALFatihah4UstazahAndFamily‬ | Innalillahiwainnailaihirojiuunn..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



5 Sekeluarga Maut Nahas Di Km 40 Jalan Kimanis-Keningau

As-salamu alaykum, adalah disahkan Ustazah Fitriyani yang mengajar SK Holy Trinity, Tawau bersama keluarganya ibunya, abangnya Eko dan adiknya Nor ( kecuali seorang yang bongsu tak ikut) telah terlibat dlm kemalangan maut di jalan Kimanis KK jam 5.30 petang Jumaat 21/8/15.

KIMANIS – Lima sekeluarga maut manakala seorang kanak-kanak cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda Isuzu D-Max yang dinaiki mereka hilang kawalan di Kilometer 40 Jalan Kimanis-Keningau di sini, petang semalam.

Picture
Dalam Kenangan, Ustazah Nur Fitriati Sukarno

Dalam kejadian pada kira-kira 5 petang itu, pemandu kereta Nur Fitriati Sukarno, 28, dan empat anggota keluarga termasuk ibu, Supiati Mohd Salleh, 53, dua kakaknya Triana Nur Khasanah Sukarno, 34, dan Dwi Rahmahyanti Sukarno, 35 serta abangnya Eka Sudarmono Sukarno, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Kemalangan ngeri mengorbankan 5 sekeluarga petang kelmarin di Jalan Kimanis-Keningau. Takziah & Al-Fatihah kepada keluarga mangsa. Dan kepada semua pengguna jalan tersebut diharapkan sentiasa berhati-hati.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, Muhammad Hamizan Mohd Khaidir mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Papar DSP George Abdul Rakman berkata, ketika kejadian kenderaan yang dinaiki keluarga itu dalam perjalanan dari Tawau ke Kimanis.

Kenderaan yang dipandu Nur Fitriati itu dipercayai terbabas dan terbalik ke jalan bertentangan menuju ke Keningau, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. – BERNAMA

Perginya permata SK Holy Trinity, Ustazah Nur Fitriati Sukarno

Picture
Majlis Makan Malam Murid Tahun 6

Seorang warga SK Holy Trinity iaitu Ustazah Nur Fitriati Sukarno disahkan meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan maut di kilometer 40 Jalan Kimanis Keningau. Beliau dalam perjalanan dari Tawau ke Kimanis berserta 5 penumpang yang lain gagal mengawal kenderaan semasa menuruni bukit menyebabkan kereta yang dipandu terbabas dan terbalik ke laluan bertentangan. Mangsa dan empat penumpang dalam kenderaan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian. Seorang anak kepada salah seorang penumpang yang berumur 2 tahun mengalami kecederaan parah dan sedang dirawat di hospital QEH.

Berdasarkan siasatan awal pihak polis, keluarga dalam perjalanan dari Tawau ke Kimanis apabila pemandu, Nur Fitriati hilang kawalan kereta hingga menyebabkan kereta yang dipandu terbabas dan terbalik beberapa kali.

Kejadian ini merupakan satu kehilangan buat warga SK Holy Trinity. Beliau sudah bertugas di sekolah ini selama 5 tahun. Beliau seorang guru yang dedikasi, periang dan mesra kepada semua warga sekolah.

Picture
5 Sekeluarga Maut Nahas Di Km 40 Jalan Kimanis-Keningau
Yang disyaki selamat hanya anak saudaranya sahaja. Lokasi kemalangan difahamkan mendekati Kimanis sudah.

Ustazah merupakan anak Arwah Sukarno ( Kg Airport Lama, Tawau).

Arwah ayah beliau difahamkan baru sahaja meninggal dunia 2@3 minggu lepas.

Assalamualaikum tuan/puan. Di Masjid Azizurahman Kg Baru Kimanis, Papar. 

Ada lima jenazah yg terlibat kemalangan di jalan Keningau - Kimanis. Ahli waris meminta diuruskAn dan dikebumikan di Bukit Kupang. Mohon kerjasama. Wasalam.

Mohon sedekahkan Al Fatihah. Semoga rohnya sekeluarga bersama roh orang-orang soleh dan solehah. Amin.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.