Khazanah Masjid Lama di Sabah Tea, Ranau

Khazanah Masjid Lama di Sabah Tea, Ranau ? Foto Kredit Nief Hummairah

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Masjid Lama Sabah Tea, Ranau


Masjid yang berbentuk unik dan menarik ini telah dibina pada tahun 1983, namun sekarang sudah tidak digunakan lagi.

Kiranya anda berpeluang melawat Sabah Tea Ranau, pasti lebih bermakna kiranya melawat khazanah peninggalan yang pastinya sangat memukau ini.

Gambar Masjid lama yang tengah viral ketika ini terletak di tengah hutan ladang tea di Ranau, Sabah.


Menurut info, bahan binaan masjid itu sepenuhnya daripada konkrit dan dibina pada tahun 1983.


Oleh kerana lokasinya yang jauh dari penempatan penduduk, kini masjid itu tidak digunakan lagi.

Gambar Masjid di Sabah Tea Nalapak Ranau pada tahun 1984 ketika masih digunakan. Cantik dan Unik. 


Struktur binaan Masjid yang unik itu wajar dipelihara sebagai tempat bersejarah. mana tahu boleh juga dijadikan tempat pelancongan.


Serba sedikit Maklumat Mengenai Ladang teh Sabah :-


Terletak di kampung Nalapak dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 120 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.


Lokasi ladang teh ini berada di laluan lebuhraya di antara Telupid - Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring.


Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar.

Kawasan ladang teh ini dikelilingi dengan hutan rimba yang telah wujud sejak 130 juta tahun dahulu.


Selain itu, ladang teh ini juga berlatarbelakangkan gunung Kinabalu dan merupakan ladang teh organik tunggal di Malaysia serta menjadi pilihan di dunia.

Masjid Nurul Huda, Kuala Tomani Tenom.

Kedua-dua masjid ini mempunyai senibina yang sama. Diperbuat daripada batu-batu sungai. Di Tomani, masjid ini masih digunakan tetapi di Nalapak, masjid itu sudah terbiar. Senibina seperti ini kelihatan unik dengan batuan sungai. Terserlah kesederhanaan tetapi penuh nilai estetika. Kerajaan perlu jaga dan pulihara senibina ini. Satu bentuk masjid yang boleh dianggap senibina masjid ala Sabah.


Tolong viralkan dan share. Siapa yg mengetahui asal usul dan cerita yang sahih tentang masjid ini. Ia terletak di Ranau dan dalam hutan Ladang Teh Sabah. please share k :)

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



1 Comments

  1. Saya pernah bersembahyang jumaat di sana sekitar tahun 1987. Ia digunakan oleh pekerja ladang tea yg majoritinya pendatang Indonesia Pada setiap jumaat. Dulu ada jalan tanah kuning berbatu yg dibuat melalui tepi masjid.sangat menyedihkan melihat keadaan masjid ini Sekarang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post