Mayat Lelaki Ditemui di Tanjung Simpang Mengayau - Pegawai perubatan dipercayai mati lemas ditemui di pantai
KUDAT: Seorang pegawai perubatan yang baru bertugas di Hospital Pitas awal bulan ini, ditemui mati di tepi pantai dekat Simpang Mengayau, di sini, petang tadi.
Mayat Muhammad Nadhir Aziz, 27, berasal dari Shah Alam, Selangor, ditemui terdampar di tepi pantai terbabit oleh orang awam dipercayai akibat lemas pada jam 2 petang.Difahamkan, mangsa pergi ke pantai peranginan dikenali sebagai 'Tip of Borneo' itu yang terletak kira-kira 150 kilometer dari Pitas dengan menaiki kereta Honda City miliknya pada Sabtu lalu.
Kali terakhir mangsa dapat dihubungi ialah jam 4.30 petang hari sama sebelum dia dilaporkan hilang dan tidak hadir bertugas menyebabkan pihak Hospital Pitas membuat laporan polis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kudat, Asisten Superintendan Chung Tiaw Joon, berkata polis menerima panggilan mengenai penemuan mangsa pada jam 2.06 petang.
"Orang yang menemui mangsa kemudian memaklumkannya kepada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan Simpang Mengayau, sebelum menghubungi polis.
"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mati lemas.
Muhammad Nadhir Aziz
Pemeriksaan awal di luaran badan mendapati tiada sebarang kesan kecederaan," katanya ketika dihubungi. Difahamkan, kenderaan mangsa ditemui di kawasan chalet berhampiran pantai berkenaan.
Tiaw Joon berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kudat untuk bedah siasat dan keluarganya sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment