Usaha pemindahan bayi pesakit Diafragma guna helikopter MI 171 penerbangan Tawau-KK berjaya!

Anggota JBP dan hospital membantu dalam operasi memindahkan bayi bulan dari Hospital Tawau ke Hospital Likas, Kota Kinabalu. Unit Udara Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini membuat penerbangan ihsan terhadap seorang pesakit bayi berumur lima bulan yang menghidap Diafragma dari Hospital Tawau menuju Hospital Likas ‪“Bayi yang berusia lima bulan tersebut mempunyai masalah pada diafragma iaitu otot pernafasan yang memisahkan bahagian paru-paru dan abdomen ‪#‎Pray4Sabah‬

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Operasi pemindahan bayi guna MI 171 berjaya

TAWAU – Satu operasi Medivac Bomba yang dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) berjaya melakukan pemindahan pesakit seorang bayi berusia lima bulan dari Hospital Tawau ke Hospital Likas menggunakan helikopter MI 171, di sini hari ini.

Operasi ini yang dianggotai seramai 10 orang dan diketuai oleh Komander, Mohd. Ruzaidi Ramlee dan juruterbang, Ahmad Fissol Ismail telah mendapat permohonan daripada pihak hospital pada awal pagi tadi telah menggerakkan helikopter MI 171.

Ketua Balai, Balai Bomba Dan Penyelamat Tawau, Mohd Razali Awang Ahmad berkata, misi itu adalah yang pertama di Sabah selepas helikopter yang sama digunakan semasa ops gempa Kinabalu baru-baru ini. “Bayi yang berusia lima bulan tersebut mempunyai masalah pada Diafragma iaitu otot pernafasan yang memisahkan bahagian paru-paru dan abdomen, katanya.

Menurutnya lagi, terdapat bukaan besar pada diagrama menyebabkan usus masuk ke bahagian paru menyebabkan fungsi pernafasan dan penghadaman makanan terjejas.

“Ia memerlukan pembedahan untuk kembalikan usus ke bahagian abdomen dan memulihkan fungsi pernafasan serta makanan,” katanya.

Ujarnya lagi, pembedahan segera diperlukan kerana bayi tersebut sudah memerlukan bantuan alat pernafasan untuk bernafas dan zat nutrient perlu dimasukkan terus ke dalam darah.

“Operasi berjalan lancar dan berjaya memindahkan bayi tersebut ke hospital likas yang mana satu-satunya mempunyai pakar pembedahan kanak-kanak di Sabah pada jam 3.20 petang tadi.

SOS ucapkan syabas dan tahniah kepada semua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang terlibat dalam operasi ini dan Kami doakan agar keadaan bayi tersebut akan beransur pulih.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post