Peluang Pemain Berbakat Besar menyarung jersi Sabah FA

Kickbola.net
Peluang untuk mewakili skuad Sabah di bawah bimbingan & kendalian Jurulatih Azrai Khor . - "Pemilihan pemain dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai tubuh badan sihat." Setiausaha Agung SAFA, Alijus Sipil.

PEMILIHAN TERBUKA SKUAD SABAH PADA 8&9 OKTOBER

SATU sesi pemilihan pemain untuk menyarung jersi skuad senior Sabah bakal diadakan di Stadium Likas pada 8 dan 9 Oktober depan.

S
etiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Alijus Sipil, berkata pemilihan pemain itu dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai tubuh badan sihat.

“Pemilihan akan dibahagikan kepada dua sesi sehari iaitu bermula jam 8 hingga 10 pagi dan jam 4 hingga 6 petang. Ianya juga akan dikendalikan ketua jurulatih Sabah yang baharu, Azraai Khor Abdullah.


“Di samping itu, Azraai akan turut dibantu jurulatih lain termasuk Justin Ganai, Burhan Ajui, Jelius Ating dan Andrew Majanggim,” katanya.

LIGA BOLA SEPAK RAKYAT

Dalam perkembangan lain, Alijus berkata, sebanyak lapan pasukan menyertai kejohanan Liga Bola Sepak Rakyat Zon Borneo 1 yang bermula hujung minggu ini.


Katanya, antara pasukan yang mengambil bahagian termasuk Tawau, Sandakan, Ranau, Kota Marudu, Kota Belud, Papar, Tenom dan Beaufort.

“Pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada dua pasukan iaitu kumpulan A yang terdiri daripada Kota Belud, Kota Marudu, Beaufort, dan Tenom manakala kumpulan B terdiri dari pasukan Tawau, Sandakan, Ranau, serta Papar.

“Pertandingan ini akan diadakan secara dua pusingan iaitu setiap pasukan akan bermain selaku tuan rumah dan pelawat,” katanya.

Alijus berkata, bagi kumpulan A, pasukan Kota Belud akan menjadi tuan rumah kepada Kota Marudu di Kompleks Sukan Kota Belud manakala Beaufort akan beraksi di gelanggang sendiri bertemu Tenom di Kompleks Sukan Beaufort.

“Sementara itu bagi kumpulan B, Tawau akan melayan kunjungan Sandakan di Kompleks Sukan Tawau manakala Ranau akan beraksi sebagai tuan rumah menentang Papar di Kompleks Sukan Ranau,” katanya.

Tambah beliau, kedua-dua perlawanan membabitkan kumpulan A akan bermula pada jam 4 Petang, Sabtu ini, manakala bagi kumpulan B, perlawanan di Tawau akan bermula jam 8 malam sementara satu lagi perlawanan di Ranau bermula jam 3 petang, Ahad ini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.