Kejadian bunuh diri di Jambatan Sungai Pegalan, Keningau

Warga emas dipercayai terjun dari jambatan Pegalan ditemui lemas

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Warga Emas Terjun di Jambatan Sungai Pagalan, Keningau

Warga emas yang dipercayai terjun dari Jambatan Pegalan lebih kurang jam 1.50 petang pada Isnin ditemui mati lemas berhampiran kuari Mili Hasil Kampung Banjar kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintenden Polis ( DSP ) Douglas Nyeging Taong berkata, mangsa Tan Kim Sin 79, berasal dari Taman Bersatu Keningau ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.00 pagi pada Selasa.


Katanya, mangsa dijumpai oleh pasukan operasi yang dianggotai pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan RELA yang meneruskan operasi mencari dan menyelamat. “Mangsa gagal ditemui pada hari kejadian kerana hari sudah gelap dan cuaca yang tidak mengizikan” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Picture
Kesesakan teruk pada petang tadi di Keningau jalan menuju ke Maktab Perguruan Keningau apabila dikatakan seorang warga tua terjun di Jambatan Pegalan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Keningau untuk dibedah siasat dan pengecaman ahli keluarga.


Keadaan mayat warga emas terjun jambatan yang ditemui kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post